Ahad, 26 September 2010

Air maTa taK sElamaNya aBadiE,,

Senyum. Bahagia. Tenang. Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi. Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu. Pasti, Setiap orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali. Namun, tanda perhatian dan kasih sayang ALLAH pada hamba-hambaNYA ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya. Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. 


Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering ku kisahkan cerita ini pada mereka yang sentiasa dirundun kesedihan. Dengan kisah ini, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah. Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu ‘Semangat yang Hilang’ untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.


Rama-rama bagiku cukup simbolik. Lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang. Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas. Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi. Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.


Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekaan atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik. Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya. Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri. Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu. Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.


Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain. Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut. Rama-rama ini berhasil dikeluarkan dengan mudahnya. Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini? Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup. Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang? Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang. 


Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih. Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata –kata ini sering kita dengar di mana-mana, “setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya”. Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui tiap sesuatunya.

Khamis, 23 September 2010

cintaKu bUkan jEnis paKai bUang

pagi ni aku tak tau nak buat ape.. semua barang aku dah kemas.. ade lagi sikit aku tak kemas.. baju dah sidai, dah basuh pun, tapi ade lagi sikit tak basuh..barang2 yang labuh2 aku dah simpan dalam loker,. semua tu untuk sem depan.. kikiki~~  malasnyer.... ingat nak tido balik. tiba2, member aku aiman call pulak.. ajak aku kuar petang ni. aku ngat nak kuar dengan member aku kat sini je. tak sangka aiman call aku, ajak aku kuar petang ni.. dia balik la.. bestnye.. dapat la aku jalan2.. best.. sebenarnye aku malas nak fikir benda yang merapu , merepek, meraban dan segalanye.. aku nak kuar.. sedap gak main bowling.. duit takde, nak main ape.. ermm,.. huhu.. takpe pow dia la... haha..


bosan la hari ni, aku rajin pulak nak menulis blog ni.. tah ape2.. haha~~ jup lagi aku nak sambung tido.. sebelum kuar dating ngan member aku.. haha~~ tah tiba2 je jadi gila pulak hari ni,.. letak tajuk cam ape tah.. dengar lagu stacy kan, jadi merapu la... agaknye aku tention kot. aku jadi blank nak fikir... tak tau.. hati aku sedih sangat.... tapi aku cuma nak sedapkan hati aku.. 


yeyyy.. nak balik johor.. seronoknye, walaupun aku rasa tak seronok.. rasa cam nak g rumah kakak angkat aku je.. tapi, cam malas.. hati ni nak balik.. tapi takut jadi gila pulak kat umah... haha... nak balik ke nak jalan2?? best gak jalan2 dengan member aku ni... sape  nak jalan2 angkat tangan okey...  adess.. duk merapu dalam ni rasa lapar la pulak... lapar la wei.... takpe, petang ni keluar, nak g makan... yang penting aku nak kuar....!!!! boleh jadi gila aku dalamni.... mana aku nak g ni..???? nanti aku amek gambar cun2, nak masuk dalam ni.. hihi .. tak sabar la pulak nak kuar...



eMosi taK staBiL..

malam ni sedih sangat.. nak tido tak boleh.. sok pagi ingat nak g pantai (tak jadi..).. tengah hari nak main bowling.... lusa cam nak balik umah.. kalau aku ade duit, dah lama aku g langkawi... best sikit... aku nak hilangkan tention aku.. bosan hidup ni... macam nak mati rasa.... mana erk cuti aku nak g??? semua plan aku tak jadi.. erm.. kalau aku tau, argh bodoh lah!!!!!!!!! bangang sangat.. tention aku sekarang ni.....!!!!!!! kenapa lah nasib aku ni................................................


sEbeNarnYa...

sebenarnye tujuan aku buat blog ni, bukan sebab saja nak tulis isi hati aku, kisah suka duka. aku buat blog ni sebab minat pada puisi.. tapi, blog ni jauh tersasar coz, aku ni ikut sangat perasaan.. aku tak tau nak luah pada siapa.. nak luah pada kawan2 aku malu.. aku pun tulis la blog ni sekadar meluahkan isi hati aku, ape yang buat aku sedih.. agaknya banyak emosi je dalam ni.. kisah hidup aku yang pahit.... tapi yang tak pahit sikit je.. tah ape2..


minta maaf kepada kalau aku tulis dalam ni tah ape2. agak emosi coz aku tulis dengan emosi yang kurang stabil.. huhu~~  sesiapa yang membaca entry yang aku siarkan..banyak yang sedih2.. tah la.. ade kata yang aku tulis ni semua sedih, ade kata cam frust, putus cinta.. haha~~ (memang pun) ada kata, macam2 la.. yang terbaru aku dapat tau, ade member aku kata boleh buat novel.. adessss... ade pulak... hahaha~~ idea yang bernas dan boleh diterima pakai gak.. haha... yang penting sekarang ni banyak sedih je dalam hidup aku.. memang sedih pun.. erm.... sejak akhir2 ni memang aku sedih sangat.. aku nak menangis.. tapi aku tahan je.. "nak luah mati mak, nak telan mati bapak" tapi memang aku ni gila sedih sangat2...


aku rasa dunia aku ni kecik sangat... rasa macam malas dah nak hidup... jahat sangat ke aku?? ego sangat ke aku?? salah ke aku nak pertahankan diri aku ni??? kalau salah sila kemukakan okey... mana aku nak g pun aku tak tau... tapi tuhan maha mengetahui.. kenapa la dia buat aku gini?? kenapa tak macam orang lain?? best.... erm... 


sebenarnya aku banyak sangat buat salah kat orang sekeliling aku... aku minta ampun ye semua2.. dalam hidup aku ni , aku memang leka nak jaga hati orang sekeliling aku.. tapi aku takde niat buat dajal kat korang..


dan kepada orang yang lebih mengenali aku.. dengan lebih dekat.. aku minta ampun maaf.. dari mula aku kenal sampai dia taknak kenal aku.. memang aku minta maaf... aku banyak salah dengan korang... thanks sebab sudi jadi kawan aku sekejap,, tapi iman bahagia sangat dengan awak.. walaupun awak pernah terlalu sakit dan terluka dengan iman, iman harap jangan simpan dalam hati..


dalam hidup aku, aku nak 1 je yang paling aku rasa bahagia sangat.. aku nak ade orang yang dapat terima aku seadanya tak kira lah aku ni jahat sangat ke, cam bangang je.. sebab kesabaran seseorang tu la yang membuatkan aku rasa, diri ni rasa terhargai.. sebab aku bukan perfect.. aku nak berubah memakan masa yang lama, lain la nak jadi jahat, ade niat, sekelip mata je.. nak jadi baik ni payah sungguh la.. maaf la okey kalau aku masih tak berubah, tapi niat aku memang nak berubah.. tapi sekarang takde makna dah la nak berubah.. malas dah ase nak berubah..


tah lah, rasa sedih je bila tulis blog ni.. kebanyakan aku tulis blog ni dalam keadaan aku menangis. jarang blog ni aku senyum ke ape... erm,, mungkin sebab............... takpe lah... sebab aku ni jahat, mungkin tak ada peluang kot... hal kecik pun boleh jadi besar... sebab aku, aku ngaku... aku tak baik, tak pandai pujuk... arghhhhhhhhhhhh...... mampos la hidup ni.....!!! esok lusa aku nak beli tiket balik johor... i'allah aku balik.. kalau tak balik bermakna, aku dah mati la...


macam malas la aku nak smbung study ni... erm.... give up. cam nak berenti study jerk... =(



aku dAh haBis eXam wEi....

aku dah habis exam.. waaa~~ best nyer.. kepada kengkawan yang tak habis lagi selamat menempuh dewan A yea... selamat berjuang.. hihi... aku dah "good bye"~~ enjoy... aku nak relax pulak kat bilik, nak kemas bilik, basuh baju ynag bertimbun.. cmne aku nak jalan kalau tak basuh baju.. hihi... sape ye nak tolong aku basuh baju ni??? malas la pulak.. banyak ni..... adesssss.... TOLONG!! TOLONG!!


yang baru nak mula exam, "good luck" la ye.. aku dah tak pandang dewan lagi dah.. aku pandang kehadapan sekang... haha.. pandang mana2 yang aku nak jalan, nak bawak diri, hihi... penatnye hari ni.... tapi best dah habis exam,, tingal nak selesaikan kerja yang tak beres lagi... sape la nak tolong aku kemas buku2 aku ni... banyak....  baju aku pun belambak ni.. sape yang nak tolong aku basuh baju ni?? ade sesiapa yang nak tolong kemas katil aku yang cun tu?? adess,, banyak la kertas atas katil...


nak buat ape??? on9, layang blog, tulis blog, layan lagu..  ala, lagu ni jiwang la pulak, tapi sedap... " No One Else Come Close- backstreet Boys" g la layan lagu backstreet Boys .. hihi~~twitter .. ermmm... bosan la wei... nak kemas, tapi malas.... cmne nak bagi aku rajin ye??? kalau la ade robot, garenti aku soh dia buat je. aku relax.. haha.. ni malas tahap gaban. tadi petang je rakjin basuh pinggan.. sekarang dah tak rajin... huhu.. maaf ye semua.. time malas aku.


sakit bahu la.. tah la.. tiba2 jerk.. huhu.. agaknye ngadap leptop je kot... adess.. takpe la... malam ni nak kemas cikit je la baju.. loker.. ape yang boleh kemas. coz aku dah free... hehe... banyak ni yang nak kene basuh... 


okey, aku akan beroprasi esok... hihi... sedap pulak kenekan dorang kat twitter.. saje je nak buat gimik aku cuti lama.. mana la ade orang cuti 6 bulan,. gamaknye la aku nak cuti 6 bulan. kalau cuti 3 bulan boleh caya gak,, i'm sorry kengkawan... saje je nak buang tebiat malam ni... aku pun tak tau nak tulis ape, yang penting jari aku ni nak menaip jerk...



Rabu, 22 September 2010

pEngumUmaN KpD DiA..

kepada sesiapa yang tau passwd fB aku tu tak payah la nak tolong nak activekan balik... thanks je la.. tak perlu la nak activekan... aku pun taknak dah simpan kenangan lama2 kat dalam tu... cukup la nak ingat2 citer lama... aku pun bukan baik.. so jangan la ngade2 nak activekan balik fB aku k... harap maklum....!!!!

aKu bUkaN baiK..

sebenarnye aku bukan nak sangat cerita tentang aku.... jujur, aku bukan baik... tapi, kadang2 aku cuma minta untuk jadi yang terbaik dalam hidup aku.. aku dah biasa untuk ditinggal.. bukan aku yang tinggal.. DIA (insan yang bernama lelaki) yang tinggal aku...


aku tau, tak ada ruang untuk aku balik dan berbaik dengan orang yang aku sayang... memang aku menulis dengan perasaan aku yang sedih.. aku tak tau.. sampai air mata aku mengalir... aku dah agak ni semua akan berlaku... kenapa???? sebab aku ni jahat, penipu, memang tak guna... tak pernah nak menghargai....


esok aku last exam.. aku tak tau nak kata ape.. hati aku sakit sangat.... macam taknak masuk dewan esok. takpe la gagal... aku takde semangat la nak lalui semua ni.... aku give up.... baru je baik, dah jadi gini.... semua janji2 takde makna lagi bagi aku.. aku memang bodoh!!!!!!! 


sebelum ni aku pernah jadi gini... sekarang jadi balik.. dulu kalau aku jujur, takde pun orang yang nak setia dengan aku, takde pun orang yang nak jujur dengan aku.. bila aku?? semua menghukum... tak adil hidup ni... bila aku je buat, semua nampak..... 


dari mula sape nak kawan dengan aku, aku dah bagi tau awal2 siapa aku.. tapi semua kata, takpe.. tapi bila kena???? aku ni yang terkapai2..,, tuhan je tau... mulai malam ni,... aku dah tak ada facebook lagi... aku dah taknak ade pape lagi semua ni.... taknak ingat pape lagi... 


kepada :  sesiapa yang ada hati dengan aku.. sila tinggalkan aku.... aku taknak ade pape lagi dalam hidup korang.. aku nak jadi macam dulu... please tinggalkan aku..... minta sangat.. saya minta maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut... dari mula saya kenal.. halalkan segalanya... 


aku bukan macam wanita solehah



Isnin, 20 September 2010

saKiT haTi ni..

aku tak tau nak luah pada sape.. sakit hati aku ni.. tak pernah nak paham aku.... kenapa?? kalau tak suka aku, dah la.. tinggalkan je... aku memang tak layak untuk ko.... ko nak kata aku, tapi ko tengok la diri ko tu dulu,, jangan kata aku.. sakit hati aku ni.. kalau aku call, ko pun susah sangat2 nak angkat.. ni aku baru sekali camni, ko sampai hati buat aku gni.... sakit hati aku.. sakit sangat2.,... ingat aku ni cam bangang sangat ke????


senang2 je buat aku gini.. aku ni ape?? sampai hati... memang SAMPAI HATI.... kalau tak nak aku, jangan cakap msg je.. betul2 tinggal aku!!! aku penat la semua ni..... bengang... ko tak pernah la nak paham keadaan aku,.. ko salu salahkan aku.. macam2 ko kata aku.. aku ni ape?????????? tolong la jangan buat aku gini lagi.. tolong la.. aku taknak la gaduh dengan  ko lagi.... aku tak habis cakap lagi ko dah letak.. ko ingat aku tak sedih ke?? ko memang nak cari peluang nak gaduh dengan aku dan tinggalkan aku kan???? kalu nak tinggal sangat, ok,.. ko lepaskan je aku ni.. senang cerita.. maaf...


tolong paham masalah aku.. aku memang takde credit nak msg.. tapi kalau taknak paham, aku tak boleh nak buat ape lagi... memang nasib aku cmni.. "thanks yea atas segalanya..... saya hargai... saya cuma nak awak paham saya.. tapi, lain jadinya.. saya salah.....".


awak ingat msg awak hantar kat saya ni :
"sy mnx ampun sgt2 ggu awk ptg td, x sangka lak awk sje xnk agkt, awk jgn isau,sy xkn ggu awk lg utk slmnya.. trima kasih"


ko ingat tak ko penah buat aku gni.. cam tu la perasaan aku.. sakit sangat..... ermm,,, takpe r.. aku redho apa yang berlaku.. kita takda jodoh....


thanks sebab pernah membahagiakan iman walau sebentar.... iman hargai sangat2... iman taknak marah dan iman takkan salahkan awak dalam hal ni... awak seorang yang baik, perfect, dan takde cacat celanya... lagipun awak kan tak lama lagi jadi.............................................. saya siapa je dari pandangan awak.. langit dan bumi awak dengan saya.. bila dengan awak, saya rasa kecil sangat diri ni...


"perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik"

MAAF..MAAF.. MAAF... MAAF.. MAAF.. coz, tak dapat jadi yang terbaik dalam hidup awak.... awak adalah seorang yang baik.. so, cari lah yang lebih baik dari saya.... saya banyak kekurangan.... tak mampu untuk jadi yang terbaik.. saya hilang arah dan hilang punca untuk semua ni...


Ahad, 19 September 2010

kontroVeRsi ke??

tadi aku buka fB, pergh.. manyak woo yang komen new relitionship "Hilal Asyraf".. kata dah bertunang.. cam terkejut dan terkujat pun ade... yela, hilal asyraf bertunang dah ke?? ke dia saja nak buat kontroversi.. saja nak tengok peminat dia.. hihi~~

konpius pun ade aku ni... bukan kata aku ni minat si Hilal Asyraf tu.. aku cuma peminat dia je.. maklum la selebriti katakan.. bayak pulak tu komen dia... termasuk la aku mengkomen dia punya new reletionship tu.. huhu~~ yela, aku cam tak caya jerk... masih berpijak dibumi yang nyata..hihihi~~


apa kata, cuba la korang fikir balik, tak kan la si Hilal tu nak buat main2 kot dia dah tunang.. apa da... dia tu bukan calang2 orang.. tak kan la perkara serius nak buat main2.. coz, ramai orang kenal dia.. tak kan la nak memalukan diri dan membengangkan diri dia.. ye tak??

tapi.,

pape hal pun kene sahihkan citer nye dulu.. haha.. aku nak tergelak pun ade,, kalau betul, ok la tu.. alhamdulillah.. pergh, peminat dia.. bukan main.. terkzutzz cipan kot.. cuma mampu kata.. "alhamdulillah" jea..  hehe.. sape la yang bertuah tu?? saya cuma peminat hilal asyraf jea... best tu dah betunang.... bila aku pulak ni??? minta2 sesmart, seensem, semacho hilal asyraf.. dan bla.. bla.. bla.. hihihi~~

ha.. ni dia "Hilal Asyraf".. penulis buku terkenal.. minat giler dengan tulisan dia...


Sabtu, 18 September 2010

aKu daH eXAM !!!

baru je balik, dah nak exam hari ni.. adui... buku oh buku... baca tak habis lagi.. 


hari ni petang,
exam KATK.. bukan katak tu... ni kemahiran dan teknik asas kaunseling.. huhu


esok,
perkahwinan dan kekeluargaan.. exam pagi pulak tu.. adui.. ni yang tak best...


lusa,
psikology organisasi dan industri.. nasib la petang... direct aku punya jadual exam.. huhu


cuma hari rabu je relax sikit.. relax pun jangan leka... khamis ni ade 2 paper....  pagi petang tu.. kena la aku pulun,..... tolong aku ya Allah....


khamis hari last aku exam... pagi aku paper modifikasi tingkah laku.. petang paper interactive communication skills... poning den...


lepas tu aku free... yea.. boleh balik.. hehe.. nak gi mana erk cuti2 ni..?? nak jumpa tuuuutttt.... hehe... wek2... enjoy sakan nampak?? jangan macam2 k... results exam tu tak kuar lagi... jangan macam2 sudah.. huhu


to all my friend in jaiputra collage.... good luck and study smart for the best results okey...

rUPanya DekaT suDah...

erm, pejam celik, pejam celik.. dah nak exam rupanya.. study tah kemana aku ni... buku??? tak baca agy.. berapa la pointer aku sem ni... erm,..


"ya Allah, bantulah hambamu...."


tu la.. enjoy sangat.. lepas ni kena study elok2 k..  final exam dah dekat.. jangan amek mudah sangat.. aku ni dah la nak last sem.. masih agy di awang- awangan.... selalu solat, solat sunat tu jangan lupa.. jangan sekali- kali tinggal solat nasuha. doa banyak2 kat tuhan ok.. mintak la seberapa banyak kat dia....


macam mana aku nak hadapi semua ni????


tah la aku pun tak tau, aku kusut, bingung.. tak boleh nak fikir ape agy... tuhan saja tahu.... ummi ade pesan semalam..


"bila hati kita tengah serabut, tak boleh nak fikir apa lagi, selalu la solat minta kat Allah tenangkan hati kita..."


yup, betul tu... aku ikut ke???? insyallah aku ikut.. tapi berat sangat hati ni.. agaknya tuhan dah tutup pintu hati aku ke??


"ya Allah, jangan kau tutup pintu hati ku ya Allah.. aku insan lemah dan tak berdaya mengahadapi mu... ampuni aku dalam segala kelemahan yang aku hadapi..."


camne aku nak buat???


BERUBAH... yes, betul.. TAWAKKAL...


exam makin dekat.. takut!!!!!!!!!!!!!!



Rabu, 15 September 2010

kenaPa 16 hb???

adui.. kenapa la hari ni 16 hb.. huhu~~ malam ni aku nak balik kelantan dah.. minggu exam woii.. ingat sikit... dah la buku 1 hapa pun tak baca lagi.. ada hati nak cuti lama.. huhu~~ relax... bag tak kemas lagi, baju tak sidai lagi, semua tak siap lagi, kata nak tolong adik aku pun tak siap lagi... huh....


malam ni aku ade driver yang hantar aku kat kelantan.. hihi~~ driver penumpang ramai.. tah bape gerabak la... weee~~~  maklum la mak datin.. tapi driver tu hantar sampai sekerat jalan jerk... aku kene balik kolej sendiri... huhuhu~~ melayang la duit aku rm15.. tapi tak tau la melayang ke tak kalau sok aku sampai.. kikiki~~


semalam si niza call aku, kata nak balik sama aku.. balik la ko.. ape aku kisah.. hahaha~~ yang penting ada makanan untuk aku.. hihi~~ yang lain2 aku tak kisah sangat.. makan tu penting untuk aku...  makan, makan, makan.... aku suka makan... :) yang aku fikir sekang sok mesti sampai ke destinasi yang dituju,.. kui, kui, kui... makan bila2 aku boleh,. cuma nak bagi tau, aku suka makan jea.. hehe


: malam ni balik.. kul 8 malam.. sampai kelantan maybe kul 9 @ 10 pg.. huhu~~ lama siot.....

this day in history..

adeh... hari ni dalam sejarah.. aku jadi tukang masak!! cam tak caye jerk... haha~~ rasa kerdil diri ni.. kelakar la pulak (terasa ckit cam orang gaji pun ade, adesss.. hahaha).... cam tak caye bagi makan kat tetamu yang datang umah... (family kawan adik aku tu la "yasmin") salu masak untuk orang kat umah ni jea... tetiba jadi tukang masak la pulak untuk tetamu... harap2 sedap la dorang makan... takut tak sedap je..  aku niat baik wooooo~~~~


bayangkan la.. aku takut silap masuk garam. kalau tak, niaya aku. law masin ke tawar??? mati la aku.. memalukan reputasi aku di rumah sebagai orang paling cun dan comey.. hihi .. tu yang tak makan tengah hari tu,... takut la pulak nak rasa.. tapi, masa makan, sedap la pulak.. haha~~ kalau boleh bagi korang rasa dalam blog ni, aku dah upload asam pedas ayam tu dalam ni... hihihi~~  sape nak rasa aku masak, datang umah la ye.. weeee~~~ ( saje je pelawa..... ) tadi aku masak sayur goreng ngan ayam masak asam pedas...


lauk je aku masak.. nasi tak.. hihi~~ ummi yang masak... 


tadi pun aku makan time lepas magrib... takut nak merasa.. tapi, sedap jugak akhirnye.. "masuk bakul angkat sendiri" kalau tak aku puji diri aku, sape agy yang nak puji.. huhu~~ takpe la sekali sekala je perasan.. bukan salu... " ya Allah, jauhi aku dari sifat riak... ameen...."

: akhirnya dapat juga upload pic makanan ni..

Selasa, 14 September 2010

tiMe takDe keRja..

hari ni tangan terasa gatal nak menaip la pulak.... huhu~~ type assingment malas, type blog rajin.. hihi~~ tah ape2... create blog sambil makan coklat, layan fB ngan dengar lagu basshunter... best pulak la layan lagu ni... tak tau nak tulis ape dalam blog ni.. urmmmmm..


makan coklat , pagi, petang, siang, malam.. nak tido jea tak makan coklat. hihi~~ .. sampah buang kat tepi laptop jea...

pagi tadi takde keje adik aku amek gambar kucing.. haha~~ sengal la adik aku... mula dia kata tengok adik aku, aku kata, adik aku ada sorang jerk.. haha~~ then, aku pon nak kuar g depan.. tengok2 kucing kene balut dengan kain lap kaki,, hahahaha~~ bongok betul.. aku masuk bilik je, aku gtau adik aku, "wei, ape jadi ngan kucing ko tu??? hahaha~~ sengal la ko ni.. "

 
setelah di kerjakan oleh adik aku.. kesian pulak aku tengok mula2.. siap tido agy kucing ni.. haha~~

tak rela di perlakukan sedemikian.. :)

ade ke dia balut kucing dengan kain lap kaki kat depan.. takde keje la dia.. haha~~ dah tu siap amek gambar.. hehehe~~ kenapa la hari ni dia takde keje.. hihi~~ tah ape2... nak pecah perut aku gelak .. 



Isnin, 13 September 2010

maCam laMa..

erm,, ase dari sebelum raya kot aku tak dapat on9.. rindUuuuuuuuuuu..... semalam baru la dapat update blog dan tengok2 fB yang lama tak buka... gian jadi nak on9... blog ni agy la aku rindu.. banyak aku nak cerita dalam blog ni... taPi tu la.. sampaikan aku tak ingat ape yang aku nak tulis... separuh ingat, separuh tak ingat.. hihi~~ lagi pun, beruk band aku ni baru je semalam aku g bayar... so, dapat la aku on9.. cuma lembab je la nak on9.. adesss..... tak best sungguh la... huhu~~ kalau kat umah je on9 lembab.. sampai malam tadi aku terus tido jerk.. bosan coz lembab sangat2... gpon aku memang ngantok.. huhu


buat pengetahuan korang, aku ni bukan tak nak upload pic kat dalam ni,, aku la paling suka upload pic.. hihi~~ cuma masa tu aku on9 guna laptop adik aku. lepas tu, beruk yang aku bela ni tak bayar.. . so, tak dapat la nak upload... pape hal pon sorry.... yang paling aku bengang, aku nak ingat nak masukan pic spupu aku dalam ni.. tapi tak dapat gak.. huhu~~ sebab pic muka sengal dia hilang.. gerammmmmm........ ingat nak kenekan dia.. la niat tak baik.. asyik kenekan orang je.. hihi~  than, letak pic dia excident.. takpe r... dia rajin datang umah aku, bila2 aku dapat pic dia.. hehe~~ tau la cmne aku nak kerjakan dia...hahaha~~ so, ni la pic aku yang dapat aku sumbangkan dalam ni  bagi sesiapa yang merindui aku..  wek2...

pic baru time puasa... last puasa... hehe~~

p/S: bagi sesiapa yang merindui nasuha... hehe~~ tak rindu jangan tengok,, takut jatuh cinta pulaksss... =)

Selasa, 7 September 2010

uCapaN hari raYa..




di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari raya.. maaf zahir dan batin.. andai terkasar bahasa, tersilap kata walaupun dengan sengaja mahupun tak sengaja.malum la kita ni manusia yang tidak terlepas dari segala kesalahan dan segala tindak tanduk kita (bukan tanduk menatang)... halal kan segalanya.. dan kepada sesiapa yang mempunyai hutang dengan aku tu, sila lah bayar .. hehe~~ aku tengah pokai bai.. =) jangan simpan hutang aku tu buat duit raya korang ye.. hihi~~

mUffin cHocKlat caKe..

resepi muffin chocklat cake....
senang je nak buat muffin ni.. aku suka sangat muffin ni.. kalau nak try, amek sendiri resepi dalam ni.. 
 
 bahan2nya:

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
1 cawan minyak masak (bukan minyak zaitun)
1 cawan air didih
1 cawan koko
2 biji telur (telur ayam je, jangan amek telur menatang len..huhu)
1 camca (kecil) bikarbonat
1 camca (kecil) baking powder
1 cawan susu cair

cara2 membuatnya :

tepung + baking powder + bikarbonat + koko (diayak)
sediakan bekas adun, dan masukan susu + gula + telur + air didih (jangan air sejuk) so, mesen la segala bahan yang di atas.. kecuali minyak.. ok..
and last, baru la masukkan minyak dan di kacau rata...
dah buat sume tu, masukan la dalam cup muffin.. panaskan oven 180'c dan masukan muffin dalam oven tu selama 20 minit... ( lupa la pulak.. tapi korang agak2 la... hihi )

p/s: selamat mencuba...........
dan kepada kengkawan yang sibuk nak aku buat muffin cake, korang buat la sendiri yerk.. aku takde masa la nak buat.. hhuhu.. sorry... 



ikAn dUyUng Lelaki.... oPss.. dUgoNg..

lain kali kalau orang tegur tu jangan la degil ye... haha.. kan dah masuk free2 dalam kolam depan umah... nasib tak tumbuh sisik.. kalau tak, umah aku jadi tempat tumpuan sebab ade ikan duyung lelaki.. :) aku memang nak tergelak la.. bukan nak tergelak, memang tergelak pon.. haha~~ bayangkan la sepupu aku boleh masuk kolam.. bapak dia bukan main pesan, "duk kat kolam tu baik2, nanti kang tak pasal jatuh".. mula main kat kolam tu ok jea... lepas tu aku naik la. masuk bilik.. dorang pon ikut la.. lepas tu si zafir ni ajak abang dia main kat kolam balik..


kat kolam ni la zafir jatuh.. kui, kui~~


erm,, dah tu bermula la hujan yang tidak langsung turun akibat termasuk dan terterjun dalam kolam.. haha~~ padan la muka dia.. ape lagi, nak marah pon tak sampai hati.. budak kecik kan.. takpe la... huhu.. bila dah basah lencun tu,, ummi soh aku amek towel.. bawak masuk bilik air.. aku ni dah la tak pandai nak mandikan budak kecik.. ape agy, adik aku dengan rela hatinye, dia pon mandikan la si zafir.. siap pakai secret garden tu.. haha... nak pakai baju ape, dia takde baju.. huhu.. pakai la dia towel, sampai dia tidur... hehe~~ adik aku la yang basuh baju dia, mandikan dia, sdai baju dia.. tah ape mood dia hari ni. baik semacam jerk.. haha


lepas tu, kitorang bikin panas dia. sampai nak menangis.. haha~~ ktorang dengki amek gambar dia.. haha.. kesian sungguh la... siap pic porno pon ade.. hehe~~ memang muka dia bengkak je kene dengan kitorang... sampai tido pon pakai towel aku, kesian pon ade. tapi, tu la degil sangat..siap nak bagi baju adik aku, mula nak pakai, tapi dia buka balik.. sebab tak ensem.. haha.. pelik sungguh la budak ni.. memilih la....
dah adik dia pon sama..hari ni kerja basuh baju n seluar 2 beradik tu.. haha~~ sampai ummi belikan adik dia baju baru.. tak kan la nak pakai baju pompuan.. hihi~~ mana muat dan tak sesuai langsung sebab dia laki.. hihi.


ni la mangsa masuk kolam kat depan umah aku.. budak baik~~ orang lain duk kat kolam tu tak masuk, dia sorang yang masuk.. hihi ~~ (zafir)

p/s: kepada sesiapa yang nak main kat kolam, sila lah bawa baju dan segala peralatan mandi (pelampung) demi keselamatan bersama dan tak menyusahakan orang lain,, terutama tuan rumah.. keh.keh, keh...


saHur yaNg iNdaH..

pagi tadi aku bangun sahur.  aku tido lewat malam tadi... hehe.. memang tak boleh bla la malam tadi.. haha.. memang tak boleh tido,. sebab aku malam tadi jadi penceramah bebas, pakar motivasi, penyabar dan sebagainye.. huhuhu~~ macam kelakar pon ade... tu yang payah nak bangun sahur. mana taknye tido kul 3 pg..


sebenarnye aku nak citer pagi subuh tadi... kelakar, berdebar, takut dan sebagainye pon ade.. haha.. cam sengal je ade pagi tadi.. huhu~~ pagi tadi payah la nak bangun sahur. bukan pagi tadi je.. pagi2 sebelumnye pon aku payah bangun.. ape la nak jadi wahai diriku ni.. huhu~~ sampai ummi nak kejut sahur, pakai h/p.. siap call aku lagi.. haha~~ aduh.. bengang betul. takpe la... 


aku nak cerita pagi tadi.. aku dengar suara abah kat bilik panggil ummi... agak2 kenapa la.. aku sebenarnye fobia pasal dulu ..ade perompak masuk rumah. bayangkan la, aku terkezutzzz bangun tidur dengar suara abah, lepas tu kejut si minah adik aku.. haha~~ dah kejut tu, aku terus amek laptop letak bawah bantal.. haha... kelakar giler.. yang si adik aku pulak terus masuk bilik air.. hahahahah~~ aduh. memang nak tergelak pon ade. rupa2nye ayah aku marahkan si putih bawak masuk anak dia dalam bilik abah... huhu~~ lawak sungguh la.. tapi bukan tu je.. debar aku sampai nak sahur, menggigil, mengeletar ketakuta aku.. memang giler la.. haha.. sengal betul putih tu.. sape la soh buat pasal subuh time sahur.. nak tuang air pun mengeletar.. haha~~ nak gelak , tak boleh.. aku senyap je la.. lepas sahur baru aku citer balik.. memang tak boleh bla la.. haha.......


p/s: sesiapa yang duk kat umah mahupun yang datang umah...lenkali tutup pintu kalau nak kuar rumah. nanti tak masal si putih masuk umah bawak anak dia... :P

Jumaat, 3 September 2010

pUtiH daH aDa bAbY...

hari ni aku dapat la tengok anak si putih.. comel dan comot cam mak dia... hehe~~ tapi macam nenek dia.. :P aku tak tau la sejak bila putih bersalin.. tau2 kat umah, adik aku (fareha) dapat adik baru.. haha~~ baru petang tadi aku bagi adik aku dengar suara baby si putih... bising betul anak dia.. salu sangat menangis.. hehe~~


family putih.. yang tompok2 tu mak dia.. (nenek anak kucing)


ummi kata, putih selalu bawak tah mana2 anak dia.. agaknye dia nak cari tempat yang selamat buat anak dia... mula dalam rak kasut.. lepas tu dia letak anak dia kat mana tah.. and last dia simpan anak dia kat dapur.. :)


tadi petang baru aku ziarah tempat tinggal putih yang baru.. hehe~~ tiap kali ade putih je, anak dia mesti bising... ummi biarkan je la dia nak letak mana anak dia..


nama dia putih..




tadi petang putih curi ikan bilis ummi... hehe~~


: tak dapat nak tangkap pic anak kucing... putih dah sorok anak dia...

aKu dAn bUdak sKemA..

sakit hati betul la aku... kena tipu rupanya dengan budak skema ni... huhuhu~~ memang kaw2 la aku kena.. menangis aku di buatnye...... mula ase kelakar la gak.. lepas tu ase cam sakit hati sikit, lepas tu ase cam sakit sangat... huhu~~ takpe, sekarang dia kenekan aku.. nanti aku pulak kenekan dia.. hahaha.. tau la.. wek2... cakap ngan msg aku pon skema jerk. formal gler.. haha... formal dan sayang banget... haha


tapi jujur aku katakan.. aku terlalu sayangkan perhubungan yang terjalin antara kita.. opss,.. haha~~ betul tu.. hehe~~ banyak yang membuatkan aku ketawa, happy dengan hidup aku... semua kerana dak skema yang tersangat lah poyo.. thanks yea....


kepada budak skema.... kata2 mu sungguh bermakna bagi ku... kui3... mula aku dah tak nak layan sangat dan sesuatu yang menyakitkan hati serta membuat aku terasalah sakit hati... huhuhu~~ namun ia amat menguji keimanan dan kesungguhan hati aku jerk... hehe~~ puas hati ke budak skema..??. tapi aku tau, dia seorang budak yang baik, hormat orang tua dan amat poyo bagi aku.... haha~~ ( saja nak puji bagi kembang cikit) =)



maLaM, paGi, daN pEtaNG jUmAaT..

malam tadi ada driver ambil aku kat wakaf baru.. dengan menaiki kereta yang panjang dan penumpang yang terlalu ramai....hihih~~ nak join ke??? jom la.. tapi kena tempah tiket dulu.. tapi la malam tadi best la... 2 kerusi aku duduk.. sampai sakit pingang aku sebab tak tau nak buat  gaya cmne kat kerusi tu.. tapi memang puas giler.. haha~~ takde orang kacau. melainkan... orang yang bawak makanan yang sorong tu.... hehe~~


so, dengan beberapa kalinye mamat kete sorong makan tu jalan, aku pun beli la makanan untuk bersahur.. aku sahur dalam pukul 3 lebih la.. haha.. awat awal sangat sahur?? ini kerana....sebab aku tau, aku payah sangat nak makan sahur.. hihi~~


setelah berberapa jam aku berjuang menaiki train yang dipandu oleh driver yang di iktiraf oleh lembaga train tanah melayu..akhirnya, sampai gak ke destinasi yang dituju.. menuju ke kampung halamanku.. johor darul takzim.. huhu... yea... menuju destinasi yea yea.. hehe~~ sampai di pagi jumaat yang indah dan permai.. huhu~~ seronok giler...


selalu kalau aku balik umah, 1 hari suntuk aku tidur... umpama tak tido berbulan lamanya.. haha
sebenarnye hari ni aku tak cukup tidur la.. tak boleh nak rehat.... huhu.... dah la bosan.. datang la umah.. hari ni ramai yang balik.. termasuk sepupuku yang cun2 poyo2 belaka.. hahaha~~ sory yea... sok pagi adik aku sampai johor.. huhu~~ dia paling lewat. tu la sengal sangat.. huhu~~ dah hari ni aku ase cam menyusahkan orang...  minta maap ye pada yang berkorban apa sahaja termasuk duit minyak, masa dan tenaga bagi menjayakan program selamatkan adik aku,.. (saje je merapu.. )

ini adik kitA... cun tak??? (saja nak bagi dia perasan) hihi


sebenarnye aku bosan giler 1st day ade kat umah.. sronok pon ade kat umah ni.. bosan pon ade. nak kemas umah, haram malas hari ni... sapu bilik ckit jea. macam rajin tadi nak kemas bilik.. tapi rasa macam penat.. so, sekerat je la aku kemas... huhu~~ takpe la.. yang penting bilik aku tak lah nampak selerak sangat...
macam mana erk nak menghilangkan bosan kat umah??? huh......



Rabu, 1 September 2010

jiKa iStEri mEnaNgis diHadaPanMu...

Jika isteri menangis dihadapanmu….





“hargai lah ia sblm terlewat…”





Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,





itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…





Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..





Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!





Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!





Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.





Dia akan menurunkan rasa EGOnya.





Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.





Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …





Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.





Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?





Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”





Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..





TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..





SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .





PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..





Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..





Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..





Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .





Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..





Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..





TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.





Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…





Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…





Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.


seronok giler bila ade orang betul2 sayang kita.. hihi~~ nak laki gini,,, =)