Khamis, 21 April 2011

saya sudah jatuh cinta dengan Shawl

waa~ sejak akhir2 ni.. iman salu je beli shawl.. thanks na dany, belikan iman shawl...
argh,,, aku gila nak pakai shawl.... kenapa?? entah la... cun kot.. hahahaha~~ siap berangan depan cermin pulak tu pakai shawl.. kawan2 aku, jadi pengkritik dan penonton.. tah pape aku rasa.. hihihih~~ adakah aku comel??? akan berangan sekejap... ting tong....    

tolong.. tolong... kebosanan melanda.. aku takde idea nak tulis ape kat entry ni... huhu~~~ mengantok dan sebagainyerrr.....

Andai lelaki tahu

Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu.Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu.Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


AndainyA lelaki tahu.Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu.Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu.Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu.Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu.Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu.Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu.Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu.Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Selasa, 19 April 2011

antara blog yang aku suka...

ini adalah di antara blog2 yang aku suka baca... disebabkan takde orang suka dengan blog aku, so, aku je la menyukai blog diantara mereka yang handal2.. (kot) hehehehe



yang ni islamic ckit... huhu~~
http://ketikacintakubertasbih.blogspot.com/

malas la nak cari... hehehe~~ tapi yang penting manyak gak yang best2 blog dorang ni..... hehehehe~~ 

Isnin, 18 April 2011

bila nak ramai ni???

aku nengok, xde pon yang nak follow blog aku.. aganyer aku punya blog tak best kot... hehehe~~ takpe la.. tak kisah pun..... ** INI IMAN NASUHA PUNYA BLOG** so, terpulang pada individu tu. kalau dia nak follow, follow lah.. kalau tarak mau, aku tarak kisah.... kadang2 kena la terima hakikat, blog kita ni tak ok ngat... sekadar suka2... sebab tu creat blog.... terpulang pada hak individu itu... peace~~


sebenarnye aku pun tak tau sangat nak berbloger ni... berat ape tah kat blog ni pun aku ane tau... tu pun orang ajar... hihihi~~ tQ yeah ajar iman...

KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAM ERATLAH TANGANNYA...

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.



Ahad, 17 April 2011

to : dany

thanks na hadir dalam hidup iman....  iman sayang dany... sampai bila2..

Sabtu, 16 April 2011

abdul rashid

poyo, entah la berapa hari dia kat sini... terasa teramat lah poyo.. hihi~~ ( saje cari pasal) jangan marah ye sayang... mula2 rasa nampak je camtu... kenal lama2, huh, loyar buruk... aku ni asyik ketawa jerk.. nasib la cute muka dia... haha~~

kadang2 time makan tu... comey pulak nengok.. ( aku je kot nengok comey, cute.... orang len biasa jerk.. hahaha ) paling kelakar.. dia tak paham orang kelantan cakap.. huhu~~ best ngumpat time dia tak paham.. nanti lama2 dia duk sini... hurmm,, tak boleh la ngumpat dia.... kikiki~~ nampaknyer dia dah mula faham orang kelantan kecek...

:: sebok jerk baca entry "adik aku" malu lorhhh...

Ahad, 10 April 2011

saya akan berpidato

esok pagi aku kene pidato.. ala.... hurmmm.. tak pandai la.. huhuhuhu~~ camne erk??? ade sape yang boleh ajar aku ke???? aku amek tajuk.. "tragedi cinta remaja" ok tak?? hehehe~~  khas untuk mereka.. (yang umum dan tak umum) begitu la... hehe~ termasuk aku... peringatan tuuuu~~

macam mana la esok aku nak berpidato ni... macam mana la rupa aku kat atas stage yang serba indah...... comey ke... makin cun ke????  tuhan..~~ gedebor rasa.....  nak mula aku tak pandai ni... ermm.... tak pe la.. i will try... peaceeeee~~

chayok2 iman nasuha... nasuha boleh....

antara isi pidato aku...

bak kata pujangga, cinta letaknya di hati , meskipun tersembunyi....
namun, getarannya jelas sekali....
ia mampu mempengaruhi fikiran, sekali gus mempengaruhi tindakan....

(malas nak type.. hehe.... )

adik aku

haha~~ penat aku amek adik aku tadi... kesian dia lagi.... nasib la.. haha~~ aku pun pening nak cari kete sewa... nak g airport... nak g amek adik aku... jalan2 kat kB mall kejap... biasa la bawak adik.... bukan salu adik aku datang sini.... makan pizza hut...  jalan2 nangok tudung dan baju... seronok la dorang.. adik aku g ikut sya.... 


terima kasih daun keladi....
thanks na sya tolong jadi   driver kami... kerana dirimu begitu berharga.... thanks kat kak zura gak, sebab bagi kami keluar.... syukran... hanks kat rahim gak.. sebab sanggu hantar aku ngan aisya g amek keta sewa....


yang paling kelakar..... time nak balik, ade orang nak berkenalan ngan aisya...hahahaha~~ lawak la.. siap minta no tepon lagi.. ok la tu~~ ade prang minat...  admire yang bukan lagi admire... 

blog riehan

aku bosan, takde keje... duk kunyah2 biskut teddy..... muka pun dah macam biskut... huhu... tak tau nak buat ape... tolong ajar riehan buat blog... kelakar la blog dia... haha... 1 entry jerk.. dia pun gelak nengok blog dia.. haha~~ dia just tulis "salam, akhirnya siap juga blog aku.." hahaha~~ sume takde...lepas tu, tak menyabar pulak tu... aku terpaksa la menolongnye~~ *dengan ikhlas** hehe


 kepada korang.. tolong la dia.. iman pun tak pandai nak tolong buat blog dia... asyik nak tergelak je.. belagak sungguh .. tak mau orang kata dia blogger baru.. haha~~ ase nak sekeh jerk muka minah tu.. nasib la cun.. peace

Sabtu, 9 April 2011

maaf, tiada pilihan lain

maaf ye.. saya bukan nak remove awak... tapi terpaksa.... serius terpaksa..... saya tak mau awak marah2 iman lagi... iman tak mau awak nampak iman lagi.. cukup la.. awak kenal saya~~ macam2 saya dapat... saya harap cari la perempuan yang baik.. okey.... 


iman tak suka nak cerita perasaan iman ni.. iman betul2 sedih... ni blog iman, iman punya kisah hidup.. iman tak pernah nak sibuk2 dengan hidup awak.... iman punya cerita.. iman punya pengalaman.... so, tolong la jangan menghalang iman... iman ade keinginan sendiri...  iman tak ingat pun kisah lama iman ... cuma iman suka nak menulis...  tolong faham... thanks atas segalanya.... ape yang awak cakap kat saya... memang betul.. takpe.. iman mengaku... walaupun ianya tidak benar....


kelakar la pulak.. huhu~~ whatever... hohOOo

kene buang..

huhu~~ aku rasa macam la comel blog aku.. haha~~ rupanya aku tak paham lagi.. manyak oooo aku kene buang.... haha... sume dia kata buang.. huhu.. tu dia kata.. abg cinonex..(sifu aku yang baru) aku ni ikut orang je.. kalau aku rasa cun, aku buat la... tak tau ape pun.. yang penting comel.... hehehe... 


sekarang mula lah aku meng edit dan meng segala meng... comel lagi rupanya blog aku.. hihihiih

life trafic feed

adui.. macam mana la aku nak edit benda ni nak jadi pendek erk??? sakit hati.. lagi tadi tang tu je... korang tolong.... huhu~~ aku dah edit.. sama jerk.... ni "life trafic feed" punyak pasal lorh.... dah lah ngantok.... pening pulak nengok menatang ni.. dah la time rajin aku..... takpe la.. ade sape2 tau ke nak edit benda ni???? TOLONG...... aku tak ingat pasword la.... huhu~~


:: aku sudah membuangnyerrr,,,, huhu~~

tak taU

rasa rerindu nak update blog kesayangan aku ni... hehe~~ lama dah tak membebel kat dalam ni... dulu kalau salu je frust.. aku tulis dalam ni.. maklum la... dah free sekarang... dah takde sape2 dah... so, single minggel la aku... hehe~~ rindu pulak kat dalam ni... tetiba rajin nak men twitter.... rinduuuu~~ lama dah tak melayan... baru nak melayan ni... hihihihi * nada sedih**

mukhayam

ni adalah kali pertama dan terakhir aku ikut program Mukhayam kat kolej aku.. huhuhu~~ pertama dan terakhir... bermakna aku ni jarang ikut program kat kolej.. bukan tak mau ikut... bukan malas... tapi aku tak rajin sikit... maklum la sem last..m kene la jadi baik sikit... tak boleh otai sangat... hahaha~~
siyes.. muka aku dah hitam.... masa tu mandi kolam.. kali ni mandi pantai... bukan mandi.. duk keliling pantai.. memang aku tak tahan.... bukan duduk rehat... dah la jadi fasilitator... siap kene jemur.. kehulu hilir aku ikut dorang.... siap terpaksa masuk air... ** time tu, aku rasa macam nak kene hanyut air jerk.. huhuh~~
kepada adik2 team aku.. minta maaf banget ya adik2... =) tapi best la korang.. dapat no 3... haha.. macam tidak percaya la....