Selasa, 31 Ogos 2010

laiCi oh laiCi...

niza memang sengal.. haha~~ sakit betul la hati aku minah tu.. mentang2 la dia yang buka tin laici.. malam ni aku gelak sakan.. tak perasan yang assingment belambak.. hahaha... sempat agy gelak sakan.. huhu~~ mulanya aku nak serius buat keje.. last sekali niza la punya pasal... dia yang sengal.. dia nak makan laici dalan tin tu. tapi dia soh as yang buka. as kata dia taknak buka sebab payah nak buka.. niza dengan rela hati dia buka la tin tu. sebelum nak buka tin tu, aku gaduh ngan niza pasal pisau yang dia nak guna buat buka tin laici tu.. 1 pisau aku, 1 agy aku ase pisau jiha.. aku kata tak boleh guna pisau aku, (padahal taknak bagi guna pisau tu, aku macam2 la bagi alasan, kata pisau ummi aku.. hahahaha~~)


niza ni memang sengal sikit. dia bukan setakat sengal je, tak malu.. tapi dia enjoy.. aku tak boleh tahan gelak la dengan minah tu... huhu... memang tak malu punye orang. nasib baik baya2 adik aku.. nak marah tak boleh. gelak je la... mentang2 la dia yang buka tin laici tu. dia je boleh makan laici,, haha.. tak tau tuan laci tu ade.. haha~~ dia boleh kata, "kak nasuha tak boleh makan laici ni. niza baru makan 2." aduh, dia boleh main kira makan laici la pulak,.,, kenapa la dengan budak ni.. hehehe~~ nak tergelak je aku.. sume sudu dia amek. haha.. aku tak kisah pon.. pasal dia la sama2 gelak sampai kena sound sebab bising pulak tu.. (ape aku kisah, macam la ko tak pernah buat bising time orang len study, cam bagus jerk.. huhu~~)


dah macam tu pulak, dia boleh la pulak bagi aku laici yang kecik.. lepas tu dia amek baik.. memang tamak la budak niza tu.. hehe~~ sengal dan tamak... :P


ni tuan punya muka.. "nieza" peace..... org yang tak malu makan laici aku... WANTED!! hehehe~~


p/s: kepada sesiapa yang marah malam tadi, harap ampun maaf yea. bulan pose ni tak baik marah2. nt test tak berkat.. hihi~~



disAat akU mEncintAimu

lagu kegemaran aku buat masa ni.. hihihi..... best... kalau nak, cari la kt youtube.. :)


to kekasih dalam mimpiku: lagu ni aku tujukan khas buat orang yang selalu menyayangi aku. yang selau buat aku happy, sedey,.. buat orang yang yang kata pada aku " tiap kali cinta dalam hati saya makin bercambah, terasa penting giler awak pada saya" tapi, xpe la.. sekarang dia dh xde.. so,... sedey.. tp, kene hadapi gak walaupun ase pedih dan kecewa... kepada orang yang rasa iman perbodohkan tu, iman minta ampun maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita, awak banyak makan hati dengan saya.. mungkin, kita cuma sekadar suka2 jea, tapi hakikatnya, iman serius terhadap diri awak.. thanks



aKu, diA, gEraM dAn tikeT...

aku geram betul la.... cakap macam keling... ermmm, kenapa la.. huh, sakit betul la hati aku ni.... lain kali comform la betul2.. dah la aku sorang je g.. kalau ade teman takpe gak. aduh, sengal la.... aku g pagi, dorang g petang.. sakit la aku.....takkan aku nak tunggu??? sengal. seumur hidup aku, aku tak pernah tunggu orang selama berberapa jam..  huh,. macam ape je aku ni.. bayangkan la.. tiket aku dah harga rm400.. kalau nak tukar tiket petang, aku kena tambah rm90.. sakit la,...  aku ase cam sakit sangat hati ni.. tuhan je tau.. :'( sedey pon ade... sedap2 dia je kata tukar tiket.. dah 2?? kalau tukar tiket, aku ni nak bayar dengan ape?? daun??? sengal... ok la.. takpe.. petang nanti aku bincang dengan kawan aku.. mana la aku tak sakit hati....eeeeeee.. geram.. aku ingat sampai bangun tido pagi tadi...




ape la nasib aku ni labu... huhu.. takpe la.. aku maafkan walaupun hati ni rasa terkilan.... salah aku gak, aku yang nak ikut.. takpe la.. ni pengajaran.. lepas ni aku kene ingat agar tak jadi gini lagi.. huhu~~ thanks yea... bukan tu je,, tadi aku buat sesi kaunseling kelompok, aku buat masalah ni... sebab aku geram, sedey, sakit hati. kadang2 aku cuba gak fikir positif.. ermmm... memaafkan orang.. tapi aku?? senang2 je ke?? adui.. kenapa la,... tak faham gak aku semua ni..


masa buat sesi kaunseling kelompok tadi, macam2 pendapat yang aku dapat.. kelakar pon ade. haha~~ pape hal pon, thanks yea buat ahli kumpulan aku... suka banget... macam2 jawapan aku dapat, sume tu yang ade dalam fikiran aku. cuma keputusan di tangan aku... k.nurul bagi pendapat, soh gi je,, tunggu kat airport sana. miera (moto ego) pulak kata, batalkan je tiket tu, kalau dia pon sakit hati gak, merajuk la...( aku fikir2 gitu gak.. cam la tiket 2 dapat balik duit)  huhu.. and last pendapat dari si en.mahathir (bukan nama sebenar)  dia kata, batter pergi je pagi. tunggu.. sayang la duit tu.. kalau nak amek tiket petang, kena tambah rm90.. rm90 tu macam2 boleh aku beli... brilliant gak pendapat dia.. ok2.. aku ase setuju.. tapi tak best la... :'( ape aku nak buat................................. plezzz tolong aku.............. (-_-')




p/s: taknak tunggu camni.... penat.......... :'(  (lepas ni.. taubat aku..huhu~~)

Isnin, 30 Ogos 2010

akU, tWittEr dAn BloG....


sebenarnye aku ni nak masuk twitter taK pandai... tapi try gak la.. cam best jerk.. huhuhu~~  try punya try, jadi la.. kenapa lah nasib aku hari ni.. cam best je.. ape yang aku buat dalam minggu ni semua jadi.. (tu tak temasuk keje yang lecturer bagi.. huhu)


bukan setakat twitter je.. blogger pon aku tak pandai buat.. tapi aku ni bukan jenis yang putus asa.. haha~~ takpe, aku boleh buat punye... ni nasuha la.. =)  berbalik pada citer aku tadi.. jenis aku ni, ape yang orang buat, aku mesti cuba buat.. di ikutkan, twitter ni aku dah buat masuk 2x.. tapi tak jadi2... kail pertama nak buat, tak jadi, sebab aku tak ingat ape nama aku.. hahaha... kali ke-2 ni ha.. buat, tapi tak pandai guna... tah ape2... ni masuk kali k-3.. tapi kali ke 3 ni bukan buat acount baru.. acount sama je... cuma nasib aku.. dapat masuk gak...


so, aku ade la tanya2 pada golongan cerdik pandai sikit dari aku.., ape la kebenda twitter ni ha... hamba allah tu gtau la.. twitter ni cam blog gak,, tapi dia pendek la.. tak boleh panjang2.. okey, aku dah paham.. mula petang tadi la aku try menggodeh twitter.. hihi~~ akhirnye, berjaya aku menemui ape tu twitter... nampak sangat aku ni ketinggalan zaman.. haha~~ tapi takpe la... ok jea.. sekurang2nye aku tanya orang.. haha... nasuha boleh..!!


bukan setakat twitter jea.. blog pon aku buat dah masuk ke 3x.. hahaha.. tu pasal aku tak pandai buat blog... ni la masuk balik boleh,, sebab tu aku kata nasib aku bulan ramadhan ni baik.. ape yang aku buat semua jadi.. hahaha~~


expecialy: kepada sifu yang banyak cikit berjasa membantu aku menambah widget dalam blog aku ni.... tuan empunya blog 'abg azam' seperti tertera di gambar.. inilah gambar beliau time muda dulu2,,dia kata suka sangat pic ni.. hahaha~~ (maaf curik pic..jangan marah,.. nanti tak kawin)



Ahad, 29 Ogos 2010

aFgHaN- pEncaRi jaLanMu..


minat giler lagu ni... aku bukan minat lagu je.. tuan yang nyanyi lagu pon aku minat.... hehehehe.....

10 pErtANDA DiA JoDoH kiTa

Firman Allah SWT, bermaksud :
"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 
p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat...

: aku tiada ciri2 ini... ermmm


iMan & DiA......

kadang2 aku tak faham ape yang terjadi dalam hidup aku ni.. aku jahat sangat ke??? erm.. aku tak tau nak luah macam mana... tapi tu lah yang aku rasa... sape aku????? aku tak pasti. tapi, aku manusia biasa, hidup di bumi allah. salu leka dengan apa yang diperintahnya.. ada hati yang sangat lembut walaupun aku ni nampak kasar dari percakapan aku... tapi aku mudah menangis dengan apa yang aku rasa.. jiwa aku mudah sedey..aku nak cerita.. tapi aku takut sangat... sebenarnye aku ade minat seseorang ni... tapi ,, tah la... takpe la... abaikan je la.. yang penting aku ni bukan seorang yang baik mmacam dia nak.. salu aku gagal dalam percintaan.. ok2.. takpe.. tuhan maha adil... dia nak uji aku...


tapi.... aku sedih dan terkilan sangat.........hari ni cam hari yang malang bagi aku.... ape aku nak buat sekarang????? dia sayang aku lagi ke tak??????? ke aku ni je terhegeh2 dengan dia???? malunye aku........ siapa aku di sisi dia sekarang??????



dapat tau keputusan dia.. mengigil aku di buatnye.... tuhan je tau betapa hinanya aku.. kenapa buat aku gni???? hari ni sume bnda aku buat, sume tak kena.. aku ada tanya seseorang ni, aku tanya, dia "sayang tak awek dia???" dia kata mesti la sayang awek dia... aku tanya lagi, "awak ikhlas ke dengan dia???" dia kata "ikhlas tu dari hati.." aku terfikir, dia sayang aku tak?? ikhlas ke sayang aku?? kalau sayang aku, dia mesti tak kata aku ape2.. normal la aku perempuan, mesti la ada perasaan cemburu..salah ke aku cemburu??? kadang2 aku paham dia kerja sampai aku makan hati... tuhan je tau,.. sampai hati dia kata kat aku, aku tipu dia?? selama ni, aku law bercinta, tak pernah menipu.. tapi kalau tu salah aku.. aku redho.. aku bersalah... maafkan iman... iman bukan yang terbaik buat awak, tapi iman cuba untuk memahami awak...  sume salah iman... iman tak tau nak kata apa lagi.. ni je yang iman mampu, iman ikhlas sayang awak... cuma.. kalau keputusan awak nak tinggalkan iman, iman redho, tapi awak kena ingat, tak pernah terlintas di fikiran saya untuk tinggalkan awak.... iman bersedia lepaskan awak, jika itu membuatkan kamu bahagia dan kalau itu yang kamu mahu. thanks.... maafkan iman.....


: maafkan iman andai iman selalu buat awak terasa.. iman akui, iman salah dalam hal ni.....


aKu dan seDap KulAt

mesti ada yang tertanya2 kenapa dengan sedap kulat ni.. sedap kulat ni aku kenal dalam fB.. aku macam dah agak dia kenal aku.. tapi aku buat tak tau jerk la... malas sangat nak layan.. tapi dalam fB dia, dia tulis nama 'se dap' mula aku kenal dia, aku agak dia ni cam ustaz.. erm,, dia kata ikhlas nak kawan aku.. baik gler la... tapi dia dah buang aku.. :'( ape salah aku tak tau la.... sebenarnya benda kecik je.. lama2 jadi besar.. and last sekali dia kata, dia kawan sekolah aku....



ermm,,,,.. sedey la aku.. dia kata aku ni ego, ikut la dengan dunia ko.. erm,,..yang aku sedey sangat, dia boleh kata aku cam tu.. tuhan je tau.. mula kawan, aku tanya dia kenapa letak nama sedap kulat??? dia kata, sebab dia suka makan kulat.. hehe~~ tapi kejap je aku kawan dia, dia marah aku. tapi aku tau sape aku. aku redho. sebab tu aku tak suka sangat nak layan benda yang ase tak berfaedah...


tapi, kalau bab kawan, aku memang senstive sikit... aku lebih sayang kawan.. aku sayang kawan ni cam aku sayang pakwe tau tak.. huhu~~ tapi kawan lebih sikit... tapi sekarang dia marah aku.. dia kata tak pedulikan aku agy dah,,, sedey gler la... tuhan je tau..... kenapa la sume orang tak nak kawan dengan aku lagi????? jahat sangat ke aku ni????? pape hal pon, ko buang aku kawan, aku tetap kawan aku gak.
balik pada sedap kulat ni.. dia salu pesan kat aku.. solat jangan tinggal, tah la... aku suka sangat ade orang pesan kat aku.. ase diri ni di hargai....


kepada kulat, aku mintak maaf k... aku salah... aku bukan baik pon.... tapi jangan la buang aku jadi kawan ko... tu je aku mintak.... plezzzzzzzz....... (sEdAp kULaT)



p/s: sedap kulat... kawan aku lagi k... :P

Sabtu, 28 Ogos 2010

akU daN kErJa

minggu ni, minggu paling buzy sebuzy, buzynye..... rakaman sesi kaunseling, nak tulis balik ape yang aku kata dalam rakaman tu (kerja yang buat aku sakit) artikle yang masih berbaki sebanyak 4 artikle, latihan yang cik noor bagi (kena hantar pagi khamis) buzy gler2.. tu la.. padan la muka ko.. argh.. pape je la....


penaaaat.. hari ni wei... aku jadi bingung la... minggu ni aku balik johor... so??? sume kerja kena siapkan minggu ni.. pergh, sakit la aku minggu ni sebelum balik.. penat, stress.. sedey.. :'(


time nak balik la stress.... ni nak fikir lagi, sem depan aku nak break sem ke tak. sayang la pulak nak break sem.. ermmm... aku ase la, bek la tak payah break sem.. teruskan je la.. tinggal 3 subjek agy... ok la tu....

sEsi yAnG bUaT aKU mUntaH..

malam ni aku buat rakaman sesi kaunseling. huh, ase nak mampos.. nak muntah pon ade, pening, nak pitam.. bertapa tuhan je tau sakit nak buat rakaman sesi kaunseling.. argh.. tention siot.. buat asyik tak siap2 lagi.. ase 20 minit macam berjam2... tadi buat, blerr sekejap. stop. lepas tu, sambung balik.. argh, keje banyak tak siap agy... tuhan, tolong aku....... aduh, nak balik sudah.. keje tak siap.. aduh.. camne ni????


masalah yang aku kena selesaikan ialah, klien aku ni keje jauh dari semenanjung. (kat sabah). aku kenalah dengar rintihan minah yang bernama eza (bukan nama sebenar) hehe~~ tapi cam ape je tadi, masalah, aku la ni.. ase cam terikat je... sebab ade camera kan, kan kena buat rakaman.. huhu~~ dengan suara2 sumbang terjerit2 tu.. huhu.. tak buat aku ni tention??? huhu


akhirnye.. siap lah sesi kaunseling aku.. tapi x siap agy ni.. kene agy buat 1 benda... tu pon agak tertekan gak la.. huhu~~ takpe, sabar ye iman nasuha.. kau boleh,.
esok sambung lagi.. keje masih banyak yang perlu dibereskan....(-_-')


: rakaman tu aku buat balik, then buat kat dewan A... tukar masalah... huhuhu~~~~ agak tention.... 

b'BuKa pUaSa kaT uMah Ibu zaHrAh



petang tadi aku pergi umah ibu zahara pasangan pak rijal.. (my lecturer). iba zahrah ni aku punya nakibah usrah. (walaupun aku malas nak g usrah) hehe~~ aku nyaris2 lupa hari ni kena gi umah dia. nak buka pose sana... una call aku.. time aku sedap layan fB ngan blog yang baru aku pandai buat ni.. huhu~~ ni pic ktorang jalan. cam nak g beraya jerk.. hihi~~ keje aku amek gambar jerk.. best la pulak.. pic aku je kena amek sendri.. kikiki. takde pon yang sudi nak amek gambar aku.. huhu



ni pic aku.. huhu .. cun gak aku amek sendri.. macam2 pic.. kelakar gak aku tengok.. haha...tapi pape hal pon  ade gak pic aku. huhu... sepanjang jalan aku duk amek gambar. paling aku geram ain. payah sungguh nak amek gambar dia. bulan2 pose dia boleh nak buat benda tak senonoh.. sebab sakit hati dengan aku... huhu.. ade je dia nak baling kat aku.. hihi... kelakar betul.. time jalan tu ain kata aku ni tau ke umah ibu zahrah.. aku kata, aku tau la,, ni kan nasuha.. haha... jalan2 je sampai la umah ibu ngan pak rijal...




ni jalan nak g umah ibu ngan pak rijal..huhu,, kitorang lalu jalan ni la.. hhihi




sampai sudah umah dia... maka, kami pon ramai2 bagi salam.. "salam alaikum".... " ibu kami ada jual minyak, mau beli ngak??" tetiba je ain cakap indon... haha.. kelakar pulak la.. tah ape2... ape2 je la... kami pon masuk la umah dia.. konon2 nak baca quran (tadarus konon) tak jadi, sebab nampak si faiz ... ape agy aku kejar si faiz la.. anak kedua ibu zahrah.. hihi~~




ni dia faiz, ni time dia comot.. hehehe....tak mandi agy agaknye.. huh, geram dengan kakak dia (fatihah).. asyik main air liur je.. geli gak aku.. tapi budak2, normal la tu.. nak perhatian. ape yang dia buat semua nakkan perhatian orang sekeliling, ceh, cm pakar psikology kanak2 jerk.. hehehehe~~ (ade bakat ni) nak upload pic fatihah yang suka main air liur,, hihi




ni pic aku amek.. poyo sungguh budak ni.. nak amek gambar dia punya jam je.. hahah.. takpe.. aku layankan je... nasib aku suka budak kecik.. keje dia time ktorang datang umah, asyik menjerit je.. tu lah keje time ade orang datang umah,, haha~~ nak marah, dak kecik, tapi dia tak nakal law kat luar.. bagus betul dia.. fatihah ni suka warna purple. kalau boleh sume nak warna purple, jam purple, air purple (air anggur) kegemaran dia tu... huhu~~ jan yang dia nak amek gambar sangat, jam ben 10.. haha...orang sibuk nak sediakan makan buka pose, dia sibuk amek gambar jam.. hihi~~




ni time nak menunggu berbuka pose... nak berkenalan ke?? boleh je,, haha~~ juadah berbuka pose yang sederhana je, tapi amat mengenyangkan.. walaupun takde pape sangat, lauk boleh tahan gak.. ibu masak tomyam. tomyam from indonesia.. haha~~ 1 lauk, makan ramai2.. macam 1 malaysia pulak,, hihi~~ tapi dorang ade jugak bawak makanan yang di tunjuk dan di oder di bazar ramadhan.. nak kata air, 2 3 jenis la kot... =) tapi memang best.. terbaik..



tomyam, timun (bahasa kelate) kalau luar buah tembikai merAh dan kuning =).. hihi,~~ kurma sudah semestinya, tak lengkap tanpa kurma kalau berbuka puasa, kek coklat, pergh.. sedap betul, bab time tengok kek ni la ase tak sabar nak berbuka puasa.. hihi~~ mutabak di Raja.. nama dah gah, murtabak di Raja.. tapi last sekali jadi murtabak permaisuri pulak,...hehe~~ khas buat ain.. huhu~~


: bila lagi la nak makan cam ni.. tahun depan aku habis study dah... huhu~~ best sangat2.. enjoy..




caTaTaN hiDuPkU..


hehe.. ni aku. aku, hidupku, dan duniaku.. pEace... hehe~~ pic ni, pic baru agy.. muka suci je.. pic pakai telekung, ni pic aku g umrah masa bulan 7..hihih~~ saja letak dalam ni buat menyemak.. sebab aku punye blog.. bukan orang len punya blog.. nak kenal aku?? panggil je aku iman ke, nasuha ke, nurul ke.. sume boleh panggil.. jangan panggil nama aku yang pelik2 sudah,, tu jerk. aku tuan empunya blog ni.. nak kata pandai buat blog, takde la pandai mana pon,.. cuma aku ni gila baca blog. aku suka cerita tentang aku.. so, dari aku cerita kat orang yang merapu-rapu ni. bek aku story kisah aku dalam ni.. huhu


aku masih study, study dan study.. tahun depan bulan 6, 2011 habis la study aku.. aku amek kos psikology.. asyik belajar theori je..


aku berasal dari selatan tanah air.. tau ke kat mana??? of course la johor darul takzim.. hehe.. anak jati johor.. cuma study je kat kelate... ape agy ye nak citer tentang aku??? erm,,, ha,, besdey aku.. 02 november... (agak2 sape la bagi aku hadiah ye???) hehe.. sape yang kenal aku, kene la bagi aku hadiah.. waktu tu meningkat la usiaku....huhu~~


tentang cinta?????


nak kongsi ke?????


erm, aku bab2 cinta nie lemah ckit.. huhu.. sebab cinta ni terlalu unik dan terlalu sensetive.. ia harus di jaga dengan penuh keikhlasan dan hati yang suci.. cinta lahir dari hati... cuma orang yang layak saja dapat temui cinta yang sejati.. ceh,, ayat.. tak nk poyo plak.. tu bukan poyo, itu cuma pendapat aku je.. ape yang aku rasa. lain orang, lain pendapat. ye tak??? erm, sekian saja tentang cinta nak ku ungkapkan.. haha..


so, ni lah aku yang sebenar... tak suka hipokrit.. tapi sempoi.. haha..



Jumaat, 27 Ogos 2010

LasT rAmAdhaN in........



ramadhan ni adalah ramadhan terakhir aku di over sea... (ceh, perasan la pulak) yela,, tahun dpan dh habis aku study sini.. poyo la pulak ayat.. perantau la jugak, walau pun bukan di over sea.. cume terlebih over je.. haha~~ seronok tu memang la seronok. duk kt negeri kelate... suasana lain sikit.. minggu depan aku balik la johor.. huhu~~ best.. selamat hari raya ... lagu raya pun banyak aku dengar sekarang.. aduh,,, keje banyak yang tak siap lagi... buntu aku.. minggu depan balik sudah. keje 1 hapa pun tak siap lagi... arghhhhh....... artikle, artikle, artikle,.. kajian kes, kajian kes, kajian kes..huhu.. poning den...


kenapa la lect bagi aku keje banyak sangat???? makin ingat assingment, makin lapar la pulak.. aduh,, relax... jangan gelabah... aku tak tau la ape yang aku buat sepanjang aku berada di sini.. huhu~~ study.. study ke??? cm tak caya la pulak.. study la jugak.. cuma... agak letih.


kemarin hari khamis aku kuar ngan member. aku punya la excited mencari tudung,.. bukan tudung raya. ni ha, aku punya tudung hilang entah kemana.. sayang gler tudung hitam aku.. bukan sayang ape, ex-bf belikan.. hehe... dulu punyer citer.. takde kaitan pun dah.. huhu~~ time aku nek nak beli tudung tu, aduh, rambang mata aku nk beli tudung ni.. tak tau nak pilih yang mana, yang cantik ada, yang tak cantik pun ade.. ha... and last aku pilih tudung cream.. cantik la jugak. takpe la.. yang penting aku takde nak meminjam tudung.,. huhu..


ok lah, nak di pendekan cerita. aku tergerak hati nak call member skola aku.. rasa2 dah lama tak berjumpa 9 tahun,,,. lama wooo... bayangkan la dah 9 tahun,, (baru je 9 tahun, belum 20 tahun lagi,.. hihi~)  cam jejak kasih, time nk jumpa dia, aku punya la berdebar, jantung aku ni dUp,dAp,dUp,dAp nk jumpa.. cam nak jumpa pakwe lama.. haha~~ tapi aku bukan kuar berdua je dengan dia, aku dengan kawan aku pompuan. mula mbember lama aku ni taknak jumpa aku, puas aku memaksa, pusing supaya dia datang, cakap aku sorang duk kB, aku nak belanja dia buka pose la last skali dia pon datang la,. haha.. bengang muka dia sebab aku bawak kawan.. haha.. takpe, ko dah kena tipu sama gua bai.. haha~~

ni lah saat yang di tunggu, lepas tu aku pon ajak la dia lepak buka pose kt ade satu tempat ni (aku lupa la apa nama tempat tu). oder la makan kat situ. aku oder nasi lauk tomyam, kawan aku nasi goren biasa, mamat si kawan aku tu nasi goreng kampung. punya la tunggu. lama siot, nk buka pose pun kene tunggu lama. sampai je makanan, tak sedap la..masin giler.. huhu.. tapi, lapar punya pasal, makan je la.


last skali kawan aku tu tanya, "ko nak balik kul bapa??" bapak punya jauh la kereta dia park...huh, baik2 kenyang, lapar balik aku.. huhu~~ aku sebenarnye call dia pun sebab nak suruh dia datang amek aku ngan hantar aku balik hostel.. hehe~~ takpe la.. bukan salu.. tapi pape hal pun, memang best kuar jumpa kawan lama.. huh, rindu gler.. ingat time skola dulu.. hihi

teDDy sAyanG BeaR..

sebenarnye bukan ape pon aku nk cerita.. ni first aku buat blog, dengan sekian lamanya aku try buat blog ( blog x jadi2) ni la hasil blog aku... suka giler aku tengok blog orang... tapi tu la.. aku ni tak pandai nak buat blog.. hihi~~


nak di jadikan citer, pasal teddy sayang bear... aku ade sorang kawan ni.. kelakar pon ade dgn dia... nak kata aku perasan tu, tak tau la.. haha~~ yang penting aku tau dia suka aku.. urmm, cmne tu ye?? hehe~~


1 hari ni dia call aku, sedang borak2 tiba2, dia kata "x best la panggil iman" saya kata:" dah tu nak panggil apew??" ala.. time ni saya sje je buat tak tau.. hihi~~ padahal dah tau.. untuk tak mengecewakan hati si dia, aku pon kata la.. "awak panggil la saya bear... saya nak nama bear.." si dia pun ketawa, dia kata "hahaha~~ tak pernah dengar pun panggil bear,? 1st time ni.. ok, awak panggil saya teddy ok???" haha~~ aku bukan tak nak kat dia.. cuma kena la hati2 ckit.. hihi~~ takut mengecewakan hati orang, pedih.....

\
tEddY sYg BeaR..