Sabtu, 21 Mei 2011

bebas cukai ke babas cikai

masa wesak day tu aku ade la g ngan tunang aku ke tempat bebas cukai " Pengkalan Kubur"... murah gilerrrr... tak  tau ape yang murahnyerrr.... nengok harga pun dah sakit mata dan sakit hati....rasa nak korek lubang kubur je nengok harga yang melambung murahnyer kat situ.... takpe lah, aku jalan bukan shopping pun.. hhihi...~~

sambil jalan2 nengok barang tu,... tunang aku sambil bejalan, sambil pasang radio kt mulut dia tu.. ( membebel) hihihi~~ jangan marah na...~~ yela, mana taknye..nengok barang kat situ mahal gilerrr.... kata kawasan bebas cukai... toto narita harga kat kedai luar ni baru RM45 kat bebas cukai kononyer harga toto RM55.. pergh, gila murah,.... huhu~~harga 2x ganda dari kedai luar.. tunang saya yang hensem kacak bergaya tu, pertikai pasal bebas cukai.. malas rasa nak cakap.. sebab dia cakap sume lengkap... huhu~~ aku no komen ye syg..

jom gelak sejenak @ senyum banyak2...

untuk menghilangkan kebosanan yang melanda,,,,...

i) Pilih bulan kelahiran korang:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi korang :
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang korang pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

KONGSI JAWAPAN KORANG ~~~



nampaknye aku dah buat uji kaji keatas tunang aku... hihihi... 
jeng~jeng~jeng......
tp yang paling best tang baju... kalau dia x pakai baju tu, ikut warna kulit la kn??? hihihi... so, dia sekarang tak tentu arah.. kui~~
diciplak dan di mintak izin dari hamba Allah yang baik hati,,, :)

Rabu, 18 Mei 2011

"Kebahagiaan kita tidak terletak pada Harta,tidak pada penampilan diri,tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia.Ukuran kebahagiaan terkait erat pada HATI & ROH manusia yg mendamba TUHANNYA"
(HASAN AL-BANNA)

Klien punya cerita

semalam aku ade la kuar dengan kaunselor kat JKm ni.... nak tau g mana?? aku g OUTRISH kat umah client... semalam g 2 rumah.... rumah yang ke-2 tu agak sedih la masalah dia.... sampai aku terfikir, tak mau ada anak.. ( tak boleh gak) aku dah rasa cam nak menangis je dengar citer kak lah tu... anak2 ramai.. tapi, semua sisihkan dia.. duit takde.. macam ape je.... aku dah fikir macam2... bila aku dapat kes macam ni.. aku dah terfikir, baru aku nampak yang dalam dunia ni, ramai sangat yang memerlukan bentuan.... ramai yang memerlukan orang macam aku.....

Ahad, 15 Mei 2011

1st day praktikal neyh....

semangat wooo.. td pg2 bangun.. hihi.. nak g praktikal tuuuu... hhuhu~~ malu pun ade. macam2 perasaan ade.. kalau ade kawan sekali praktikal takpe gak... ni aku sorang.... nengok kaunselor alhamdulillah sporting... harap2 la.. uhuhu

Khamis, 21 April 2011

saya sudah jatuh cinta dengan Shawl

waa~ sejak akhir2 ni.. iman salu je beli shawl.. thanks na dany, belikan iman shawl...
argh,,, aku gila nak pakai shawl.... kenapa?? entah la... cun kot.. hahahaha~~ siap berangan depan cermin pulak tu pakai shawl.. kawan2 aku, jadi pengkritik dan penonton.. tah pape aku rasa.. hihihih~~ adakah aku comel??? akan berangan sekejap... ting tong....    

tolong.. tolong... kebosanan melanda.. aku takde idea nak tulis ape kat entry ni... huhu~~~ mengantok dan sebagainyerrr.....

Andai lelaki tahu

Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu.Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu.Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


AndainyA lelaki tahu.Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu.Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu.Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu.Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu.Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu.Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu.Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu.Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Selasa, 19 April 2011

antara blog yang aku suka...

ini adalah di antara blog2 yang aku suka baca... disebabkan takde orang suka dengan blog aku, so, aku je la menyukai blog diantara mereka yang handal2.. (kot) hehehehe



yang ni islamic ckit... huhu~~
http://ketikacintakubertasbih.blogspot.com/

malas la nak cari... hehehe~~ tapi yang penting manyak gak yang best2 blog dorang ni..... hehehehe~~ 

Isnin, 18 April 2011

bila nak ramai ni???

aku nengok, xde pon yang nak follow blog aku.. aganyer aku punya blog tak best kot... hehehe~~ takpe la.. tak kisah pun..... ** INI IMAN NASUHA PUNYA BLOG** so, terpulang pada individu tu. kalau dia nak follow, follow lah.. kalau tarak mau, aku tarak kisah.... kadang2 kena la terima hakikat, blog kita ni tak ok ngat... sekadar suka2... sebab tu creat blog.... terpulang pada hak individu itu... peace~~


sebenarnye aku pun tak tau sangat nak berbloger ni... berat ape tah kat blog ni pun aku ane tau... tu pun orang ajar... hihihi~~ tQ yeah ajar iman...

KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAM ERATLAH TANGANNYA...

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.



Ahad, 17 April 2011

to : dany

thanks na hadir dalam hidup iman....  iman sayang dany... sampai bila2..

Sabtu, 16 April 2011

abdul rashid

poyo, entah la berapa hari dia kat sini... terasa teramat lah poyo.. hihi~~ ( saje cari pasal) jangan marah ye sayang... mula2 rasa nampak je camtu... kenal lama2, huh, loyar buruk... aku ni asyik ketawa jerk.. nasib la cute muka dia... haha~~

kadang2 time makan tu... comey pulak nengok.. ( aku je kot nengok comey, cute.... orang len biasa jerk.. hahaha ) paling kelakar.. dia tak paham orang kelantan cakap.. huhu~~ best ngumpat time dia tak paham.. nanti lama2 dia duk sini... hurmm,, tak boleh la ngumpat dia.... kikiki~~ nampaknyer dia dah mula faham orang kelantan kecek...

:: sebok jerk baca entry "adik aku" malu lorhhh...

Ahad, 10 April 2011

saya akan berpidato

esok pagi aku kene pidato.. ala.... hurmmm.. tak pandai la.. huhuhuhu~~ camne erk??? ade sape yang boleh ajar aku ke???? aku amek tajuk.. "tragedi cinta remaja" ok tak?? hehehe~~  khas untuk mereka.. (yang umum dan tak umum) begitu la... hehe~ termasuk aku... peringatan tuuuu~~

macam mana la esok aku nak berpidato ni... macam mana la rupa aku kat atas stage yang serba indah...... comey ke... makin cun ke????  tuhan..~~ gedebor rasa.....  nak mula aku tak pandai ni... ermm.... tak pe la.. i will try... peaceeeee~~

chayok2 iman nasuha... nasuha boleh....

antara isi pidato aku...

bak kata pujangga, cinta letaknya di hati , meskipun tersembunyi....
namun, getarannya jelas sekali....
ia mampu mempengaruhi fikiran, sekali gus mempengaruhi tindakan....

(malas nak type.. hehe.... )

adik aku

haha~~ penat aku amek adik aku tadi... kesian dia lagi.... nasib la.. haha~~ aku pun pening nak cari kete sewa... nak g airport... nak g amek adik aku... jalan2 kat kB mall kejap... biasa la bawak adik.... bukan salu adik aku datang sini.... makan pizza hut...  jalan2 nangok tudung dan baju... seronok la dorang.. adik aku g ikut sya.... 


terima kasih daun keladi....
thanks na sya tolong jadi   driver kami... kerana dirimu begitu berharga.... thanks kat kak zura gak, sebab bagi kami keluar.... syukran... hanks kat rahim gak.. sebab sanggu hantar aku ngan aisya g amek keta sewa....


yang paling kelakar..... time nak balik, ade orang nak berkenalan ngan aisya...hahahaha~~ lawak la.. siap minta no tepon lagi.. ok la tu~~ ade prang minat...  admire yang bukan lagi admire... 

blog riehan

aku bosan, takde keje... duk kunyah2 biskut teddy..... muka pun dah macam biskut... huhu... tak tau nak buat ape... tolong ajar riehan buat blog... kelakar la blog dia... haha... 1 entry jerk.. dia pun gelak nengok blog dia.. haha~~ dia just tulis "salam, akhirnya siap juga blog aku.." hahaha~~ sume takde...lepas tu, tak menyabar pulak tu... aku terpaksa la menolongnye~~ *dengan ikhlas** hehe


 kepada korang.. tolong la dia.. iman pun tak pandai nak tolong buat blog dia... asyik nak tergelak je.. belagak sungguh .. tak mau orang kata dia blogger baru.. haha~~ ase nak sekeh jerk muka minah tu.. nasib la cun.. peace

Sabtu, 9 April 2011

maaf, tiada pilihan lain

maaf ye.. saya bukan nak remove awak... tapi terpaksa.... serius terpaksa..... saya tak mau awak marah2 iman lagi... iman tak mau awak nampak iman lagi.. cukup la.. awak kenal saya~~ macam2 saya dapat... saya harap cari la perempuan yang baik.. okey.... 


iman tak suka nak cerita perasaan iman ni.. iman betul2 sedih... ni blog iman, iman punya kisah hidup.. iman tak pernah nak sibuk2 dengan hidup awak.... iman punya cerita.. iman punya pengalaman.... so, tolong la jangan menghalang iman... iman ade keinginan sendiri...  iman tak ingat pun kisah lama iman ... cuma iman suka nak menulis...  tolong faham... thanks atas segalanya.... ape yang awak cakap kat saya... memang betul.. takpe.. iman mengaku... walaupun ianya tidak benar....


kelakar la pulak.. huhu~~ whatever... hohOOo

kene buang..

huhu~~ aku rasa macam la comel blog aku.. haha~~ rupanya aku tak paham lagi.. manyak oooo aku kene buang.... haha... sume dia kata buang.. huhu.. tu dia kata.. abg cinonex..(sifu aku yang baru) aku ni ikut orang je.. kalau aku rasa cun, aku buat la... tak tau ape pun.. yang penting comel.... hehehe... 


sekarang mula lah aku meng edit dan meng segala meng... comel lagi rupanya blog aku.. hihihiih

life trafic feed

adui.. macam mana la aku nak edit benda ni nak jadi pendek erk??? sakit hati.. lagi tadi tang tu je... korang tolong.... huhu~~ aku dah edit.. sama jerk.... ni "life trafic feed" punyak pasal lorh.... dah lah ngantok.... pening pulak nengok menatang ni.. dah la time rajin aku..... takpe la.. ade sape2 tau ke nak edit benda ni???? TOLONG...... aku tak ingat pasword la.... huhu~~


:: aku sudah membuangnyerrr,,,, huhu~~

tak taU

rasa rerindu nak update blog kesayangan aku ni... hehe~~ lama dah tak membebel kat dalam ni... dulu kalau salu je frust.. aku tulis dalam ni.. maklum la... dah free sekarang... dah takde sape2 dah... so, single minggel la aku... hehe~~ rindu pulak kat dalam ni... tetiba rajin nak men twitter.... rinduuuu~~ lama dah tak melayan... baru nak melayan ni... hihihihi * nada sedih**

mukhayam

ni adalah kali pertama dan terakhir aku ikut program Mukhayam kat kolej aku.. huhuhu~~ pertama dan terakhir... bermakna aku ni jarang ikut program kat kolej.. bukan tak mau ikut... bukan malas... tapi aku tak rajin sikit... maklum la sem last..m kene la jadi baik sikit... tak boleh otai sangat... hahaha~~
siyes.. muka aku dah hitam.... masa tu mandi kolam.. kali ni mandi pantai... bukan mandi.. duk keliling pantai.. memang aku tak tahan.... bukan duduk rehat... dah la jadi fasilitator... siap kene jemur.. kehulu hilir aku ikut dorang.... siap terpaksa masuk air... ** time tu, aku rasa macam nak kene hanyut air jerk.. huhuh~~
kepada adik2 team aku.. minta maaf banget ya adik2... =) tapi best la korang.. dapat no 3... haha.. macam tidak percaya la.... 

Rabu, 30 Mac 2011

dinner PLP

dinner pLp last sem tu.... best giler... enjoy... memang best la... pemandu kami yang setia ialah Pok Leh yang sempoi.. layan je kami ni... huhu.. mana kami nak pergi, dia sedia membantu...
memang tak boleh bla la dorang ni... tapi sem ni memang enjoy... enjoy sangat2... cuma ade bape orang je yang tak dapat g dinner tu.. huhu~~

sebab ape aku letak pic ni dulu?? sebab aku kesian tengok muka kawan2 aku tak makan dari siang,.. ni la muka dorang... hihi~


 kembar tudung jerk.. 


 semestinya pic aku n riehan... hik2....

mereka selepas melantak kat dalam tu..~~

Isnin, 21 Mac 2011

wajah paling ceria PLP sem last "2011"


 
 aku dan ja... sebelah tu big body, amir

 ketua pengarah.. Lokman

 ketua fasilitator yang paling bersemangat ialah, husna

 barisan fasilitator... yang pakai baju merah dari belakang tu tak termasuk.. tu POk leh.. dia memerangkap driver kami semasa nak buat program..

 riehan and the group

 fariza tersengeh.. dapat adik2 yang tok sey kecek...

amir

PLP sek Men teknik

lama tak update blog aku ni... ape yang berlaku??
baru nak citer ni.... huhu~~

best betul time tu... program last sem.. enjoy, relax.. dan macam2 agy la... tapi seronok... macam2 pengalaman aku dan kami dapat time nak buat program PLP.. ape tu PLP?? Pra Latiha Praktis..  huhu... tak boleh bla la aku resa time tu.... 

pengalaman kutip dana untuk program
macam2 masalah aku dapat.... aku tergelecak la... hampir terkehel kaki aku.. ade yang muka taknak bagi dana.. kalau taknak takpe la... paling menyakitkan hati la... kitorang g kat tempat bola sepak... "RedWarrior" tu... tapi kedek betul... siap kata, "bagi la demo ni samah jerk" adei.... paham tak??? dia kata, bagi 5posen je... adei.. kalau nak bagi, bagi je la.. tak payah la mak cakap banyak.. lempang kang baru tau... tu la orang yang takde ilmu... menyusahkan je.... huhuhu~~ terOVER pulak.. 

pengalaman...
gang2 aku nak kutip dana, big boss.. amir  big boss ke???? big body kot.. hahaha~~ riehan, aku yang comey, kak nurul (ummi haQem) dan ina,, bukan "ina naim" k... huhu..

keadaan malam persiapan nak buat program esok.. 
ini adalah kami yang bertungkus lumus... hihi

keadaan yang huru hara...  macam2 idea kuar time tu... dan macam2 la dorang nak buat

 antara gaya yang paling poyo dorang buat...


 ina n riehan


 muka2 yang tak pernah amek gambar... hihi~~

ketua fasilitator.. una.. busy nampak???

 SIBOK MAKAN KACANG DORANG NI... KEJE MACAM DAH SIAP JERK..

kami awek2 yang bersama2 siapkan kerja lewat malam..
agak2 yang mana 1 aku???

time Program PLP
kami buat program ni kat Sek Men Teknik Pengkalan Chepa.. mula2 tu agak best la... dan berdebar sebab buat program under kolej dan lecturer datang memantau... cuak kebebe gak time tu.. tapi bila dah mula, ok je... takde masalah kot.. hihi.. cuma aku dapat adik2 group aku la... agak degil dan argHHhhhh~~ tention mak.. haha~~ aku cakap tak mau dengar... tapi takpe.. layankan je la.. huhu~~ rasa nak menangis... dan aku terpaksa jadi macam diorang.. tapi terbaik la kan.. hihi~~ nasib la adik2 aku tu ikut cakap aku...

 adik2,, ni la kumpulan kak nasuha...

gabungan kumpulan aku n kak diana..
nampak tak aku nagan kak diana dari belakang???



pengalaman kami..
dorang pun mengalami masalah yang sama... rupa- rupanye, dorang ni tak berani nak kehadapan.. tapi ade la 5, 6 orang yang boleh bercakap di khalayak ramai... kalau lelaki tu, memang la. tak tau la ade emas ke, intan berlian ke dalam mulut dorang.. hihi~~ 

pengalaman yang paling aku tak dapat nak lupakan.. adik2 group aku.. masa LDK 2, kami ade la  suruh dorang lukis rumah, pokok, dan orang.. dorang ni macam2 lukisan aku tengok.. ade yang lukis pokok sampai dua.. aku rasa macam dalam kelas lukisan... hihi~~ then aku tnya la kat ade sorang adik ni,, (lelaki) aku tnya dia, "dah lukis ke orang?? lukis la cepat... tak payah nak padam lagi.. biar je...."
lepas tu aku tanya agy, "mana orang awak??? "
dia jawab, "tu atas umah??" 
adei... kelakar pun ade dorang ni.. 
antara lukisan yang kreative adik2 ni lukis...




bila selidik balik, sebenarnye dorang ni tak di ajar untuk bercakap di khalayak ramai... dan dorang ni sume bagus2. ensem pun ensem,, hehe~~ tapi tu la masalahnye... lagipun dorang bukan study macam orang lain, dorang ni belajar menghadap mesen. bukan buku.. so, takpe la kalau macam tu.... sekurang- kurangnye dorang ni ade gak keberanian nak kedepan...

pape hal pun, sume tu dah settle.. cuma last ni banyak kerja. nak kene submit kat lecturer kesayangan, cik noor yang comey lagi bergaya.. huhuhuh~~ kalau tak, kene la ceramah free dengan dia... 

ketua pengarah program, wan lokman dan cik noor.. lect kami yang paling sporting...

Isnin, 21 Februari 2011

asiah, molek.. molek.. MOLEK!!

best giler program Minggu Bahasa.. aku takde la suka sangat nk join program2 ni.. tapi, memang enjoy dan bersemangat dan bla.. bla... fasilitator gempak, lebih hangat daripada biasa.. best giler... walaupun tak menang cam kumpulan2 lain, kumpulan kami paling the best.. sebab sikit dan mantop.. (kot.. hihihih) pape hal tQ atas kerjasama kawan2... paling penting, sya, jiha, fiq, afie, una, ain.. best woo.. dan paling penting kumpulan aku yang paling sempoi dan best... ape yang penting?? kerjasama.... 

eh, lupa.. kumpulan aku "asiah" kak diana, aku, riehan, fiq, n  .. lupa pulak...  memang terBAIK...

kumpulan "asiah" paling sempoi.. orang lain baju tukar2. kami baju tu je.. haha... kumpulan lain sibuk2 dengan kumpulan dia, kami relax... relax tu penting.... kikiki~~ takde la nebes sangat nanti.. tapi, paling kelakar riehan la... orang tak habis agy nak cerita, dia dah cakap.. memang nak gelak....

bnayak aku dapat sepangjang program islamic + tak islamic... hihi.... tapi best dan mantop.. maklum la, aku dah last sem.... ni je la kenangan manis... sambil mendengar sajak paling syahdu dari mastura abdullah... terharu walaupun dia menangis sebab lain... mas kata : "takpe la... kita go on je..." semangat yang tinggi tu....

Isnin, 7 Februari 2011

Nak lari Jauh- jaUh

kalaulah aku dapat lari jauh2 dari orang..... biar semua orang tak dapat cari aku lagi... biar di lupa... supaya takde sape2 pun terluka... biar diri ni tersiksa... jangan ade orang yang tersiksa sebab aku lagi... biar aku terluka hidup penuh gelora....

semua ni aku terkena.... ape salah aku tak tau la... macam mengharap simpati orang je.... siap di tag pic khalid kawen pulak tu.... tQ la... tapi jangan la buat aku macam ni..... banyak aku fikir... hurm.. tQ sudi hadir untuk menyakiti dan menipu aku lagi.. aku tak minta ape pun... minta jangan la siksa aku macam ni lagi.... kepada sesiapa yang berkenaan.....

kepada abg man dan isteri, tQ tag pic tu kat aku,.. selama ni pun aku betul2 tersiksa.. cukup2 la siksa aku macam ni.... aku yang buta nak menilai... lagi pun tak salah korang buat aku macam ni... cukup menyiksakan bagi aku... just, bagi aku ruang untuk bernafas dan tak fikir kisah lalu.... amat2 menyiksakan.... aku masih ada harga diri....

khalid tQ.....
dan terima kasih banyak2 kepada yang pernah hadir untuk menyakitkan aku....

Saya Budak Baru Belajar

entry kali ni ialah "saya budak baru belajar" hik~hik~hik.. (skema la pulak,...) memang kenyataan.. harap ade blog je.. tapi hampeh.. minat, tapi tak pandai dunia blog ni...huhu~~ sekarang baru nak serius bila jalan2 tengok blog dorang yang cun2 belaka... hhuhuhu~~ malu pun ade, sebab blog aku biasa jerk... sebab dorang ramai followers kot... lagi la tengok cun2.. pergh...

tak kisah la ramai ke tak, yang penting korang kene tau hakikat aku tak berapa mahir dalam blogger ni... boleh la tau ckit2... pape hal pun harap korang besabar dengan aku ni.. kalau ade silap dan salah, harap di ampun... so, tolong la ajar aku serba sedikit tentang blog k.... banyak aku nak belajar ni.... 

tiba2 minat tak pasal2... meluap2 sebab aku baru je update blog aku... sampai la aku promot blog aku kat fesbuk... agak tak malu la... mana taknye, aku tengok blog aku ni macam cun je... "macam" tapi takde tandingan dengan korang2 yang best buat blog... huhu~~

by the way, korang yang ade jenguk tu, ape2 je la... tolong la tegur mana yang silap, mana yang senget... mana yang terbalik, mana yang tertiru dan mana yang ter.. ter.. ter... hehe,, mana yang silap kat blog aku.. aku kan budak baru belajar... hehe~~ *wink~ wink*

Ahad, 6 Februari 2011

Bahagia Melihat

best pulak tengok kat fesbuk hamba allah ni... bahagia pulak.. romantik pun ade.... nak jadi macam dia.. tapi, tuhan tak izinkan.... bila baca post kat fesbuk dia... aduh, jelez sangat2... kalau la aku ade kat tempat dia.. kan best... terasa sangat di hargai.... baru2 ni hamba allah tu ade tegur aku kat fesbuk.. macam sedih pun ade... tapi apakan daya aku bukan di tempat wanita yang tersangat beruntung tu.... kalau la aku... huhuhu~~~

tiap2 hari kalau aku on9, mesti tengok kat fesbuk hamba allah tu... fames gak mamat tu, tapi dah ade awek tu la.. nama dia mula dengan H......... huhuhu~~ secret... kalau lah, kalau.... tapi tengok dia boleh bersayang2 dalam tu.. nampak sangat kejujuran mamat tu kat awek dia.... besssttt sangat...... 

sedih la~~

tutup mata walau ia menyakitkan...

tutup mata???
berhenti???
menyakitkan???

aku bukan suruh korang tutup mata time sakit.. blurrrr.... kenapa ya malam ni aku betul2 blurr?? gerrgggg----> agaknye ade bnda yang aku nampak.. buat aku jadi kusut... KUSUUUUUUTTTT gila... aku nak tutup mata, aku nak berhenti jadi macam orang bodoh, aku tak nak ianya menyakitkan.... sedey dowh....

oPssss~~ relax, bawa bertenang.. sila tutup mata anda untuk benda yang menyakitkan.... dan tolong lah berhenti berharap..

Sabtu, 5 Februari 2011

entry "KOSONG"

sebenarnye aku tak tau nak tulis ape untuk entry kali ni. tapi yang penting aku nak bgtau aku happy giler sangat2 bila dah dapat promot blog aku.. hihi~~ aku ni takde la sekereative dorang yang buat blog ni.. ni pun atas dasar minat yang meluap2 je aku tulis...

kepada yang menyokong dan yang follow aku.. thanks banget ya follow aku.. hihi...  best sangat2 dah ade ramai yang follow... walaupun tak sampai beratus dan beribu macam dorang. tolong2 la ye promot blog aku ni... hik.. sekurang2nyer blog aku ni ade gak yang sudi menjengah..  kira diperhatikan gak.. walaupun dalam blog aku ade entry2 yang sedih dan frust tungging dan rasa banyak yang tertungging...  bukan setakat tu je, agak "boleh buat novel.." bak kata kawan kolej aku.. haha~ sangat2 sengal... kalau ko nak sindir aku pun agak2 la..  hihi

pape hal pun, yang paling penting aku tersangat lah happy sebab dah cun blog aku... dan agak malu gak nak promot blog kt fesbuk, ym, dan sewaktu dengannyer... tapi aku buat derk je... bukan tu je, sape yang aku bagi link ni, akan kata, " ape ni??" aku jawab je la dengan tak malunyer... "ni blog saya, baru je lepas update" hahaha~~ adesS....
ade gak tros bagi link soh aku follow.. tapi pape hal pun, tQ, syukran ....

p/S : tolong promot blog aku k kengkawan.... "i follow u, u follow me "... tema blog aku.. peace~~

Jumaat, 4 Februari 2011

surat dari Egypt


buat kengkawan semua, aku ni bukan la suka nak mempromosi ke, hapa ke, aku just nak tunjuk kebenaran yang haq.. aku ni rajin nak membaca note kat fB... tetiba aku terbaca 1 note dari student egypt. surat tu bertajuk "terima kasih malaysia.." by Abrar Syafie.. aku tak kenal pun dia.. surat untuk malaysia la ni... surat ni ditulis  semalam jam 08.12 am.. surat dia berbunyi begini,.

salam. aku student mesir. kawasan yang masih 'hijau'. aku ni jarang tulis note, tapi sebab aku rasa ni perlu, maka aku tulis, dan korang tolonglah sebar2kan.

takda yang lebih tahu pasal mesir ni kecuali kami. kebanyakan berita di malaysia hanyalah 'lebat'2 belaka. kami taklah seteruk itu. berita2 macam ni akan membuatkan mak ayah kat sana risau, kan?


betul.

ada satu lagi yang anda semua tak tahu. kami bukan risaukan bunyi2 bom di waktu malam. belum terjadi lagi. tapi kami risau benda ni akan jadi worse. ah, kelakar aku rasa bila baca blog2 macam ni, 





apa yang korang tahu pasal kami di sini? bank dah banyak yang kena beku, kedai banyak dah tutup, harga barang naik mendadak, penjenayah terlepas. nak tunggu sorang pelajar kami maut kat kawasan 'hijau' ni baru nak menggelabah ke? 

betul, kami tak boleh menggelabah. kerajaan sedang keluarkan pelajar malaysia perlahan2. kami di kawasan 'hijau' ni perlulah bersabar. 

aku, secara peribadi, boleh bersabar. orang lain aku tak tahu. 

yang kami risau sekarang, kerajaan terlalu lambat ambil tindakan. embassy sekarang ni sgt susah nak dihubungi. pegawai2 negeri pun susah nak dikontek jugak. siapa kata kami terurus? lawak, lawak. macam korang pulak yang kat sini, kan? 

aku harap, ambiklah. walaupun sedikit lambat. asalkan jangan terlampau lambat. apa kerajaan nak tunggu zioonis campur tangan ke? nk tunggu amerika baling bom guna jet? 

ok, ingat tak, dulu2, ada satu kerajaan ni di pegang oleh parti Islam (algeria kot.) then, tiba2 perancis datang untuk jatuhkan balik kerajaan tu. macam tulah yang aku takut sebenarnya. jangan sampai diorang masuk campur. sekarang ni tentera macam menyokong pro-mubarak ni. saja nak laga2kan golongan anti dan pro. kalau dah sampai macam ni situasinya, susah dah kita nak keluar dari sini. 

sekejap, kami gembira kami akan keluar dari kancah ni. tapi, kejap sangat. datang balik rumours kata kawasan kami takkan keluar. u pun tak cuti. hakikat, kitorang sekarang ni cuak gila bila tahu ada kemungkinan kami tak keluar ke mana. 

ada pihak yang cuba telefon embassy. sejujurnya, kami tak dikompemkan lagi kami akan keluar dari sini. 
ada pihak2 yang yang dah gelabah semacam, termasuklah aku. 

bukan apa, ini bukan perang agama, utk aku masuk campur. ini hal kerajaan. aku takda hak pun nak bersuara. 

kerajaan, kalaulah kos nak selamatkan kami ni tinggi sangat, akan merugikan ekonomi negara, duit2 petronas tak mampu cover, nak majukan sangat negara, maka, buatlah kutipan derma. walaupun kemungkinan separuh tu masuk kat poket sesiapa, sekurang2nya adalah jugak duit. kalau taknak jugak, claimlah duit kami nanti, macam ALONG buat!!! 

sekarang ni takda apa. tapi sampai bila? kami tak perlukan golongan2 doktor yang bawak ubat, supply2 makanan tu semua. sini ada doktor dan makanan dah. keluarkan kami segera dan terancang. 

kami tak cukup berharga, kan? 

lagi sekali. 
sampai bila? 
nak tunggu kami yang di kawasan hijau  ni kena rompak ke? kena peluru? lawak.


kami tak kata kerajaan abaikan kami. kami tuduh melulu. tapi dah memang hakikat, embassy pun tak mampu nak kompemkan kami ni akan keluar dari sini. jadi, macamana kami tak risau?

kawasan 'hijau' yang korang kata tu, dah buat aku rasa gas pemedih mata. kat malaysia pun aku tak rasa. 

well, the truth is, kami ada makanan. tak perlulah nak bawak makanan banyak sgt. dan kami kesempitan. makanan ada la seminggu dua lagi, tapi keamanan dan ke'hijau'an kami pun tak tahu lagi sampai bila. kerajaan tak mampu nak comfirmkan situasi kami lagi. kelak kaherah dan iskandariah dan di evakuasi, kami terkapai2 tanpa pegawai sebab semuanya nak balik malaysia jugak. lagi2lah kami di kawasan yang bukan kawasan utama. 


sebarkanlah benda ni. sebarkan sehabis daya kalian. TV3, akhbar, facebook, blog, sebarkanlah, tolong. kami tak harap kami diselamatkan sekarang jugak. tapi bagi kami jaminan kami akan keluar. dan kami diselamatkan SEBELUM US dan yahudi masuk campur lebih teruk lagi. tunjukkanlah tanda2 kalian prihatin terhadap nasib kami. kami tidak tuduh anda tidak ambil tahu, tapi tunjukkanlah bukti bahawa anda ambil tahu hal kami.



kami di kawasan hijau tinggal sikit. banyak senior dah gerak ke cairo. tinggallah kami segelintir kami yang terkontang kanting di sini tak tahu apa akan terjadi. sebab tulah kemungkinan kami akan diabaikan semakin tinggi.

kalau betul kami diabaikan, sebahagian besar kami akan lari ke mansurah atau kaherah dengan risiko sendiri. andai kata ajalnya di sini, doakanlah rohnya diredhai. 

banyak yang di atas hanyalah rumours. tapi jangan pernah main2 dengan rumours. masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, kan?

terima kasih kerana sudi membaca. 

wassalam.

so bagi aku, kita sebagai rakyat malaysia, tak kira la ko tu pas ke umno ke, kerajaan memang bertangjawab melaksanakan tugas menyelamatkan pelajar @ rakyat malaysia... tak perlu nak berbalah, keadaan semakin meruncing... kesian mereka yang terkapai2 disana... tak perlu membezakan politik, dan tak perlu nak kata tak tau malu sebab minta tolong kerajaan.. cuba buka minda, kerajaan memang perlu dan mesti bertanggungjawab atas segalanya yang berlaku.. tak payah ikut parti.. sebagai rakyat, kita sendiri tak mampu untuk melakukanya sendiri.. tetapi yang lebih berkuasa pemimpin tu yang kene buat yang terbaik untuk rakyat. tak payah nak mengutuk ko sokong memana... yang penting nyawa mereka lebih berharga..