Jumaat, 24 Disember 2010

Kebahagaiaan, Kejayaan, Kekayaan..

1 cerita yang menaikan semangat aku tentang kehidupan... cerita ni aku dengar dari radio IKIM... kebetulan pulak Prof Dr Muhaya yang bagi pengisian.. nak kata aku ni baik nak dengar ceramah tu takde la... tapi aku ni kalau dengar sesuatu ilmu, aku akan dengar betul2 ape yang dia sampaikan... terasa rugi bila tak dengar dan hayati.. 

bismillah......

ade 1 family ni.. anak, mak dan ayah..... dorang ni nak time tu nak keluar... tiba2 ade 3 orang tetamu.. nama dia Kebahagiaan, Kejayaan, Kekayaan.... tetamu2 tu minta izin nak masuk rumah family tadi... maka si anak , mak, ayah pun berbincang.. nak bawak masuk mana 1... 

maka, cadangan ayah, "bawa la masuk kekayaan.."

cadangan mak pula, "apa kata kita bawa masuk kajayaan.."

si anak pula bekata, "baik kita bawa masuk kebahagiaan..."

segala keputusan si anak di persetujuai oleh mak dan ayah... maka, mereka pun berkeputusan nak bawak masuk kebahagiaan dalam rumah mereka.... TAPI setelah itu, mereka terkejut... 

"aik?? kan kami hanya menjemput kebahagiaan masuk,. kenapa kejayaan daan kekayaan ikut masuk juga??????"

maka kejayaan pun menjawab, "kalau kamu membawa masuk kejayaan, kamu hanya mendapat kejayaan sahaja...."

kekayaan menjawab.. "kalau kamu membawa masuk kekayaan, kamu hanya mendapat kekayaan sahaja.."

kebahagiaan pun menjawab, "kalau kamu membawa masuk kebahagiaan, maka, kejayaan dan kekayaan pun turut sama masuk..." 

sebab ape ye????? sebab, dengan adanye kabahagiaan, segalanya kita mampu miliki.....  samada kejayaan mahupun kekayaan.....

:: hayati, dan renungi......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan