Isnin, 21 Februari 2011

asiah, molek.. molek.. MOLEK!!

best giler program Minggu Bahasa.. aku takde la suka sangat nk join program2 ni.. tapi, memang enjoy dan bersemangat dan bla.. bla... fasilitator gempak, lebih hangat daripada biasa.. best giler... walaupun tak menang cam kumpulan2 lain, kumpulan kami paling the best.. sebab sikit dan mantop.. (kot.. hihihih) pape hal tQ atas kerjasama kawan2... paling penting, sya, jiha, fiq, afie, una, ain.. best woo.. dan paling penting kumpulan aku yang paling sempoi dan best... ape yang penting?? kerjasama.... 

eh, lupa.. kumpulan aku "asiah" kak diana, aku, riehan, fiq, n  .. lupa pulak...  memang terBAIK...

kumpulan "asiah" paling sempoi.. orang lain baju tukar2. kami baju tu je.. haha... kumpulan lain sibuk2 dengan kumpulan dia, kami relax... relax tu penting.... kikiki~~ takde la nebes sangat nanti.. tapi, paling kelakar riehan la... orang tak habis agy nak cerita, dia dah cakap.. memang nak gelak....

bnayak aku dapat sepangjang program islamic + tak islamic... hihi.... tapi best dan mantop.. maklum la, aku dah last sem.... ni je la kenangan manis... sambil mendengar sajak paling syahdu dari mastura abdullah... terharu walaupun dia menangis sebab lain... mas kata : "takpe la... kita go on je..." semangat yang tinggi tu....

Isnin, 7 Februari 2011

Nak lari Jauh- jaUh

kalaulah aku dapat lari jauh2 dari orang..... biar semua orang tak dapat cari aku lagi... biar di lupa... supaya takde sape2 pun terluka... biar diri ni tersiksa... jangan ade orang yang tersiksa sebab aku lagi... biar aku terluka hidup penuh gelora....

semua ni aku terkena.... ape salah aku tak tau la... macam mengharap simpati orang je.... siap di tag pic khalid kawen pulak tu.... tQ la... tapi jangan la buat aku macam ni..... banyak aku fikir... hurm.. tQ sudi hadir untuk menyakiti dan menipu aku lagi.. aku tak minta ape pun... minta jangan la siksa aku macam ni lagi.... kepada sesiapa yang berkenaan.....

kepada abg man dan isteri, tQ tag pic tu kat aku,.. selama ni pun aku betul2 tersiksa.. cukup2 la siksa aku macam ni.... aku yang buta nak menilai... lagi pun tak salah korang buat aku macam ni... cukup menyiksakan bagi aku... just, bagi aku ruang untuk bernafas dan tak fikir kisah lalu.... amat2 menyiksakan.... aku masih ada harga diri....

khalid tQ.....
dan terima kasih banyak2 kepada yang pernah hadir untuk menyakitkan aku....

Saya Budak Baru Belajar

entry kali ni ialah "saya budak baru belajar" hik~hik~hik.. (skema la pulak,...) memang kenyataan.. harap ade blog je.. tapi hampeh.. minat, tapi tak pandai dunia blog ni...huhu~~ sekarang baru nak serius bila jalan2 tengok blog dorang yang cun2 belaka... hhuhuhu~~ malu pun ade, sebab blog aku biasa jerk... sebab dorang ramai followers kot... lagi la tengok cun2.. pergh...

tak kisah la ramai ke tak, yang penting korang kene tau hakikat aku tak berapa mahir dalam blogger ni... boleh la tau ckit2... pape hal pun harap korang besabar dengan aku ni.. kalau ade silap dan salah, harap di ampun... so, tolong la ajar aku serba sedikit tentang blog k.... banyak aku nak belajar ni.... 

tiba2 minat tak pasal2... meluap2 sebab aku baru je update blog aku... sampai la aku promot blog aku kat fesbuk... agak tak malu la... mana taknye, aku tengok blog aku ni macam cun je... "macam" tapi takde tandingan dengan korang2 yang best buat blog... huhu~~

by the way, korang yang ade jenguk tu, ape2 je la... tolong la tegur mana yang silap, mana yang senget... mana yang terbalik, mana yang tertiru dan mana yang ter.. ter.. ter... hehe,, mana yang silap kat blog aku.. aku kan budak baru belajar... hehe~~ *wink~ wink*

Ahad, 6 Februari 2011

Bahagia Melihat

best pulak tengok kat fesbuk hamba allah ni... bahagia pulak.. romantik pun ade.... nak jadi macam dia.. tapi, tuhan tak izinkan.... bila baca post kat fesbuk dia... aduh, jelez sangat2... kalau la aku ade kat tempat dia.. kan best... terasa sangat di hargai.... baru2 ni hamba allah tu ade tegur aku kat fesbuk.. macam sedih pun ade... tapi apakan daya aku bukan di tempat wanita yang tersangat beruntung tu.... kalau la aku... huhuhu~~~

tiap2 hari kalau aku on9, mesti tengok kat fesbuk hamba allah tu... fames gak mamat tu, tapi dah ade awek tu la.. nama dia mula dengan H......... huhuhu~~ secret... kalau lah, kalau.... tapi tengok dia boleh bersayang2 dalam tu.. nampak sangat kejujuran mamat tu kat awek dia.... besssttt sangat...... 

sedih la~~

tutup mata walau ia menyakitkan...

tutup mata???
berhenti???
menyakitkan???

aku bukan suruh korang tutup mata time sakit.. blurrrr.... kenapa ya malam ni aku betul2 blurr?? gerrgggg----> agaknye ade bnda yang aku nampak.. buat aku jadi kusut... KUSUUUUUUTTTT gila... aku nak tutup mata, aku nak berhenti jadi macam orang bodoh, aku tak nak ianya menyakitkan.... sedey dowh....

oPssss~~ relax, bawa bertenang.. sila tutup mata anda untuk benda yang menyakitkan.... dan tolong lah berhenti berharap..

Sabtu, 5 Februari 2011

entry "KOSONG"

sebenarnye aku tak tau nak tulis ape untuk entry kali ni. tapi yang penting aku nak bgtau aku happy giler sangat2 bila dah dapat promot blog aku.. hihi~~ aku ni takde la sekereative dorang yang buat blog ni.. ni pun atas dasar minat yang meluap2 je aku tulis...

kepada yang menyokong dan yang follow aku.. thanks banget ya follow aku.. hihi...  best sangat2 dah ade ramai yang follow... walaupun tak sampai beratus dan beribu macam dorang. tolong2 la ye promot blog aku ni... hik.. sekurang2nyer blog aku ni ade gak yang sudi menjengah..  kira diperhatikan gak.. walaupun dalam blog aku ade entry2 yang sedih dan frust tungging dan rasa banyak yang tertungging...  bukan setakat tu je, agak "boleh buat novel.." bak kata kawan kolej aku.. haha~ sangat2 sengal... kalau ko nak sindir aku pun agak2 la..  hihi

pape hal pun, yang paling penting aku tersangat lah happy sebab dah cun blog aku... dan agak malu gak nak promot blog kt fesbuk, ym, dan sewaktu dengannyer... tapi aku buat derk je... bukan tu je, sape yang aku bagi link ni, akan kata, " ape ni??" aku jawab je la dengan tak malunyer... "ni blog saya, baru je lepas update" hahaha~~ adesS....
ade gak tros bagi link soh aku follow.. tapi pape hal pun, tQ, syukran ....

p/S : tolong promot blog aku k kengkawan.... "i follow u, u follow me "... tema blog aku.. peace~~

Jumaat, 4 Februari 2011

surat dari Egypt


buat kengkawan semua, aku ni bukan la suka nak mempromosi ke, hapa ke, aku just nak tunjuk kebenaran yang haq.. aku ni rajin nak membaca note kat fB... tetiba aku terbaca 1 note dari student egypt. surat tu bertajuk "terima kasih malaysia.." by Abrar Syafie.. aku tak kenal pun dia.. surat untuk malaysia la ni... surat ni ditulis  semalam jam 08.12 am.. surat dia berbunyi begini,.

salam. aku student mesir. kawasan yang masih 'hijau'. aku ni jarang tulis note, tapi sebab aku rasa ni perlu, maka aku tulis, dan korang tolonglah sebar2kan.

takda yang lebih tahu pasal mesir ni kecuali kami. kebanyakan berita di malaysia hanyalah 'lebat'2 belaka. kami taklah seteruk itu. berita2 macam ni akan membuatkan mak ayah kat sana risau, kan?


betul.

ada satu lagi yang anda semua tak tahu. kami bukan risaukan bunyi2 bom di waktu malam. belum terjadi lagi. tapi kami risau benda ni akan jadi worse. ah, kelakar aku rasa bila baca blog2 macam ni, 





apa yang korang tahu pasal kami di sini? bank dah banyak yang kena beku, kedai banyak dah tutup, harga barang naik mendadak, penjenayah terlepas. nak tunggu sorang pelajar kami maut kat kawasan 'hijau' ni baru nak menggelabah ke? 

betul, kami tak boleh menggelabah. kerajaan sedang keluarkan pelajar malaysia perlahan2. kami di kawasan 'hijau' ni perlulah bersabar. 

aku, secara peribadi, boleh bersabar. orang lain aku tak tahu. 

yang kami risau sekarang, kerajaan terlalu lambat ambil tindakan. embassy sekarang ni sgt susah nak dihubungi. pegawai2 negeri pun susah nak dikontek jugak. siapa kata kami terurus? lawak, lawak. macam korang pulak yang kat sini, kan? 

aku harap, ambiklah. walaupun sedikit lambat. asalkan jangan terlampau lambat. apa kerajaan nak tunggu zioonis campur tangan ke? nk tunggu amerika baling bom guna jet? 

ok, ingat tak, dulu2, ada satu kerajaan ni di pegang oleh parti Islam (algeria kot.) then, tiba2 perancis datang untuk jatuhkan balik kerajaan tu. macam tulah yang aku takut sebenarnya. jangan sampai diorang masuk campur. sekarang ni tentera macam menyokong pro-mubarak ni. saja nak laga2kan golongan anti dan pro. kalau dah sampai macam ni situasinya, susah dah kita nak keluar dari sini. 

sekejap, kami gembira kami akan keluar dari kancah ni. tapi, kejap sangat. datang balik rumours kata kawasan kami takkan keluar. u pun tak cuti. hakikat, kitorang sekarang ni cuak gila bila tahu ada kemungkinan kami tak keluar ke mana. 

ada pihak yang cuba telefon embassy. sejujurnya, kami tak dikompemkan lagi kami akan keluar dari sini. 
ada pihak2 yang yang dah gelabah semacam, termasuklah aku. 

bukan apa, ini bukan perang agama, utk aku masuk campur. ini hal kerajaan. aku takda hak pun nak bersuara. 

kerajaan, kalaulah kos nak selamatkan kami ni tinggi sangat, akan merugikan ekonomi negara, duit2 petronas tak mampu cover, nak majukan sangat negara, maka, buatlah kutipan derma. walaupun kemungkinan separuh tu masuk kat poket sesiapa, sekurang2nya adalah jugak duit. kalau taknak jugak, claimlah duit kami nanti, macam ALONG buat!!! 

sekarang ni takda apa. tapi sampai bila? kami tak perlukan golongan2 doktor yang bawak ubat, supply2 makanan tu semua. sini ada doktor dan makanan dah. keluarkan kami segera dan terancang. 

kami tak cukup berharga, kan? 

lagi sekali. 
sampai bila? 
nak tunggu kami yang di kawasan hijau  ni kena rompak ke? kena peluru? lawak.


kami tak kata kerajaan abaikan kami. kami tuduh melulu. tapi dah memang hakikat, embassy pun tak mampu nak kompemkan kami ni akan keluar dari sini. jadi, macamana kami tak risau?

kawasan 'hijau' yang korang kata tu, dah buat aku rasa gas pemedih mata. kat malaysia pun aku tak rasa. 

well, the truth is, kami ada makanan. tak perlulah nak bawak makanan banyak sgt. dan kami kesempitan. makanan ada la seminggu dua lagi, tapi keamanan dan ke'hijau'an kami pun tak tahu lagi sampai bila. kerajaan tak mampu nak comfirmkan situasi kami lagi. kelak kaherah dan iskandariah dan di evakuasi, kami terkapai2 tanpa pegawai sebab semuanya nak balik malaysia jugak. lagi2lah kami di kawasan yang bukan kawasan utama. 


sebarkanlah benda ni. sebarkan sehabis daya kalian. TV3, akhbar, facebook, blog, sebarkanlah, tolong. kami tak harap kami diselamatkan sekarang jugak. tapi bagi kami jaminan kami akan keluar. dan kami diselamatkan SEBELUM US dan yahudi masuk campur lebih teruk lagi. tunjukkanlah tanda2 kalian prihatin terhadap nasib kami. kami tidak tuduh anda tidak ambil tahu, tapi tunjukkanlah bukti bahawa anda ambil tahu hal kami.



kami di kawasan hijau tinggal sikit. banyak senior dah gerak ke cairo. tinggallah kami segelintir kami yang terkontang kanting di sini tak tahu apa akan terjadi. sebab tulah kemungkinan kami akan diabaikan semakin tinggi.

kalau betul kami diabaikan, sebahagian besar kami akan lari ke mansurah atau kaherah dengan risiko sendiri. andai kata ajalnya di sini, doakanlah rohnya diredhai. 

banyak yang di atas hanyalah rumours. tapi jangan pernah main2 dengan rumours. masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, kan?

terima kasih kerana sudi membaca. 

wassalam.

so bagi aku, kita sebagai rakyat malaysia, tak kira la ko tu pas ke umno ke, kerajaan memang bertangjawab melaksanakan tugas menyelamatkan pelajar @ rakyat malaysia... tak perlu nak berbalah, keadaan semakin meruncing... kesian mereka yang terkapai2 disana... tak perlu membezakan politik, dan tak perlu nak kata tak tau malu sebab minta tolong kerajaan.. cuba buka minda, kerajaan memang perlu dan mesti bertanggungjawab atas segalanya yang berlaku.. tak payah ikut parti.. sebagai rakyat, kita sendiri tak mampu untuk melakukanya sendiri.. tetapi yang lebih berkuasa pemimpin tu yang kene buat yang terbaik untuk rakyat. tak payah nak mengutuk ko sokong memana... yang penting nyawa mereka lebih berharga..

Selasa, 1 Februari 2011

pic aku yang begitu...

antara pic yang agak poyo muka aku... hik2.. rasa cam segan jerk dengan rahim tu,.. pape hal pun, tQ la sudi jadikan aku model phographer ko....aku pun suka gak ade orang ynag nak amek gambar aku ni... maklum la, takde la nak cun sangat.. tapi boleh la nak dikatakan aku ni cun... kui2.. jangan buat lawak dalam ni.... hihi~~
ini adalah pic aku.. hihi~~







dan ini adalah diantara pic yang aku ambil... kira pandai gak la aku amek gmbar orang ni... hihihihih 


ni pun tak tau ape motifnye.. yang penting aku tengak excited belajar photographer...

tak tau ape motif aku amek gambar ni... 

 haaaa.. ini lah pic yang jadi... puas hati.... 
(pic makanan.. hihihi..)